Khamis : 10 April 2025   
@ 12 Syawal 1446H / 2:53 PM

17Khamis,Oktober

Pusat beli-belah berusia 2,700 tahun ditemui

Sekumpulan ahli arkeologi menjalankan kerja-kerja penggalian di tapak sebuah struktur pusat beli-belah berusia 2,700 tahun di Argilos, utara Greece, baru-baru ini.
 
ATHENS, 11 Okt. - Sekumpulan ahli arkeologi dari Kanada dan Greece menemui sebuah struktur pusat beli-belah tertua di dunia, berusia 2,700 tahun di tapak arkeologi di Argilos, utara negara ini, baru-baru ini.
 
Struktur dikenali sebagai portico itu merupakan binaan terbuka yang panjang, biasanya menempatkan rumah kedai dan memisahkan dataran awam dari bandar.
 
Pakar arkeologi dari Universiti Montreal, Dr. Jacques Perreault berkata, portico yang ditemukan di Argilos merupakan pusat beli-belah tertua di Greece dan sangat unik.
 
Perreault berkata, kerja-kerja penggalian dilakukan sejak Jun lalu dan ukuran panjang pusat beli-belah itu mencapai kira-kira 40 meter.
 
Jelasnya, pusat beli-belah terbuka itu mempunyai tujuh bilik dengan setiap satu berukuran 5 meter lebar dan 7.5 meter dalam, serta memiliki dinding setinggi 2.5 meter.
 
"Teknik pembinaan dan batu yang digunakan berbeza dalam setiap bilik, menunjukkan penglibatan beberapa tukang bina dalam pembinaan pusat beli-belah terbabit.
 
"Kajian ini juga menunjukkan setiap pemilik kedai mungkin bertanggungjawab membina bilik masing-masing yang menjadi ruang perniagaan peribadi," jelasnya.
 
Perreault berkata, struktur lama itu mempunyai sebuah kedai roti, sebuah kedai minyak zaitun dan sebuah kedai menjual ubat-ubatan serta peralatan solek yang masih belum dapat dipastikan.
 
Tapak arkeologi di bandar lama Argilos terletak di hujung Sungai Aegean dan pernah mencipta kegemilangan pada abad kelima sebagai bandar termasyur di rantau ini. - Agensi
 
Marjaki Rawo , Khamis, Oktober 17, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Marjaki Rawo

Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog