2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Nikmat ALLAH SWT kepada wanita

Hikmah haid kepada wanita: Mengikut pendapat mazhab Maliki pengajar dan pelajar al-Quran dibenarkan membaca, memegang dan membawa mushaf al-Quran sekalipun dalam keadaan berhadas.

 

W

ANITA adalah makhluk ciptaan ALLAH SWT yang istimewa, banyak nikmat dan kelebihan dianugerahkan kepada golongan Hawa ini dalam kehidupan mereka, yang tidak ada dalam kehidupan seorang lelaki, antara anugerah ALLAH kepada kaum wanita adalah haid.

 

Haid tergolong dalam kategori hadas besar yang memerlukan kepada bersuci  dengan cara mandi. Dari segi bahasa hadas bermaksud satu perkara yang berlaku, manakala mengikut syarak diertikan keadaan yang memerlukan kepada bersuci. Hadas terbahagi kepada dua iaitu kecil dan besar. Perbezaan antara keduanya dilihat daripada sudut sebab berlakunya hadas, cara bersuci daripada hadas dan perkara-perkara yang tidak benarkan ketika berhadas.

 

Hukum hadas ialah ia menghalang perkara-perkara yang mana bersuci itu menjadi syaratnya, dan sekiranya perkara-perkara ini dilakukan dalam keadaan berhadas maka ia tidak dikira sah dan berdosa. Perkara-perkara yang menyebabkan hadas besar ialah keluar air mani, berjimak, haid dan nifas.

Wanita dalam berhadas boleh berzikir

 

D

ua daripada empat perkara yang menyebabkan hadas besar ini adalah khusus untuk wanita, iaitu haid dan nifas. Menurut pensyarah di Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),  Dr Mustafa Mat Jubri @ Shamsuddin menjelaskan, seorang wanita seharusnya perlu mengetahui, apakah perkara yang boleh dilakukan atau tidak semasa berada dalam keadaan haid atau nifas antaranya:

 

“Mereka tidak dibenarkan bersuci dari hadas kecil atau besar, seperti seorang wanita yang dalam keadaan haid tidak dibenarkan mandi junub bagi yang sudah berkahwin, dan jika dia melakukannya maka mandi tersebut tidak sah mengikut pendapat mazhab Hanafi, Maliki dan Syafii.

 

“Solat, seorang wanita yang haid tidak dibenarkan melakukan solat, dan jika dia melakukannya maka tidak sah solat tersebut, dan mengikut pendapat mazhab Hanafi, Syafii dan Hambali sujud Tilawah dan sujud Syukur juga tidak dibenarkan.  Berpuasa, seorang wanita yang haid juga tidak dibenarkan berpuasa, akan tetapi dia perlu menggantikannya ketika sudah habis haid, ” katanya.

 

Menurutnya, tidak dibenarkan bagi seorang wanita yang berhaid untuk melakukan tawaf, dan dibenarkan untuknya melakukan perkara-perkara haji atau umrah yang lain. Tidak dibenarkan bagi seorang wanita yang berhaid untuk membaca al-Quran mengikut pendapat mazhab Hanafi, Syafii dan Hambali.

 

Memegang atau membawa mushaf al-Quran juga termasuk dalam hukum ini, akan tetapi mengikut pendapat mazhab Maliki pengajar dan pelajar al-Quran dibenarkan membaca, memegang dan membawa mushaf al-Quran sekalipun dalam keadaan berhadas.

 

Akan tetapi, wanita yang sedang haid boleh berzikir, bertasbih (membaca Subhanalah), bertahmid (membaca alhamdulillah), membaca Bismillah ketika makan dan sebagainya. Boleh juga membaca buku-buku hadis, fiqh (buku agama), berdoa, mengaminkan doa dan mendengar bacaan al-Quran.

 

Diterangkan dalam kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim serta kitab-kitab hadis yang lain bahawa Rasulullah SAW bersandar di riba Aisyah sambil membaca al-Quran padahal di saat itu Aisyah  dalam keadaan haid.

 

Beliau yang senang disapa   Ustaz Mustafa menegaskan, seorang wanita yang berhaid tidak dibenarkan melakukan persetubuhan mengikut ijmak ulama, begitu juga tidak dibenarkan melakukan jimak dengan wanita yang sudah habis haidnya melainkan selepas dia mandi hadas. Secara umumnya, hukum wanita yang dalam nifas adalah seperti hukum wanita yang dalam keadaan haid.

 

Melalui masjid untuk tujuan tertentu

 

S

ecara umumnya, para fuqaha (ulama dalam ilmu fiqh) tidak membenarkan wanita yang haid berada dalam masjid bersandarkan kepada larangan Rasulullah SAW terhadap wanita-wanita yang berhaid dari mendekati kawasan solat hari raya (Riwayat Bukhari dan Muslim). ALLAH berfirman: “Hai orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan berjunub,  terkecuali sekadar berlalu sahaja, hingga kamu mandi.

 

Dan jika kamu sakit atau dalam musafir atau kembali dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci); sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya

ALLAH Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun”. (Surah an-Nisa’a:43)

 

Dibenarkan bagi wanita-wanita ini untuk melalui atau melewati masjid untuk tujuan-tujuan yang diharuskan seperti lari menyelamatkan diri dari bahaya mengikut fuqaha, dengan syarat tidak mengotorkan masjid dengan kotoran hadas.

 

Ustaz Mustafa berkata, kawasan yang mana dilakukan atasnya solat tahiyyatul masjid dan tempat berdirinya orang dalam saf-saf solat jemaah dan tempat dibolehkan iktikaf maka tempat itu tidak boleh diduduki wanita yang haid mengikut hukum larangan ini.

 

“Sebab larangan memasuki dan menduduki masjid bagi wanita yang haid mengikut fuqaha adalah kemungkinan mengotorinya dengan hadas, di samping keadaan dirinya yang tidak dibenarkan melakukan ibadah seperti solat, maka tiada keperluan baginya untuk berada di masjid, tambahan pula perkara yang afdal bagi wanita adalah untuk solat di rumahnya (Riwayat Ahmad).

 

“Ada sebahagian fuqaha (seperti al-Muzani dan Ibn Hazm) yang melihat larangan ini tidak mutlak, mereka membenarkan wanita yang haid untuk berada dalam masjid jika ada keperluan seperti menuntut ilmu,” katanya.

 

Potong kuku, rambut

 

M

enyentuh persoalan seperti memotong kuku dan rambut, ia dibolehkan dalam keadaan berhadas dan tidak perlu sisa kuku dan rambut itu dimandikan semasa mandi wajib.

 

Beliau berkata, fuqaha dari semua mazhab menyebut  perkara-perkara yang dilarang ketika berhadas besar, tetapi tidak pula memasukkan larangan memotong kuku atau rambut kerana  tidak ada dalil yang jelas dan khusus untuk perkara ini.

 

Diriwayatkan ketika Aishah melakukan haji bersama Rasulullah SAW semasa Hajjatul Wada’, Aisyah ketika itu dalam keadaan haid, Baginda SAW menyuruh beliau menyikat rambutnya (Riwayat Bukhari dan Muslim). Ini menunjukkan bahawa perempuan yang dalam keadaan haid boleh memotong rambutnya kerana perbuatan Aishah  yang menyikat rambut pada kebiasaannya membawa kepada gugur atau tercabutnya rambut.

 

Ibn Hajar al-Haytami turut menyebut dalam kitabnya bertajuk  Tuhfat al-Muhtaj: “Mengikut nas Mazhab (al-Syafii), perempuan yang haid itu dibenarkan memotong kuku dan rambut”.

 

 


*Oleh SYAHIDATU L AKMA L DUNYA, Sinar Harian, 30 Ogos 2013

Cik NiNe Che Kadir , Rabu, September 04, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Cik NiNe Che Kadir

Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog