/

Singapura mempunyai 21 individu bilionair

SINGAPURA, 29 Ogos 2013 - Singapura kini mempunyai sebanyak 21 individu bilionair, meningkat daripada 16 orang pada tahun lalu, menurut senarai terbaru yang dikeluarkan majalah Forbes Singapura.

 

Robert dan Philip Ng, anak lelaki kepada pengasas Far East Organization, Ng Teng Fong, terus mendahului senarai orang terkaya di Singapura dengan anggaran kekayaan sebanyak AS$10.6 bilion (RM35.2 bilion), meningkat daripada AS$9.2 bilion (RM30.5 bilion) pada tahun lalu.

 

Individu yang memperoleh peningkatan kekayaan di negara ini pada tahun ini ialah Pengerusi City Developments, Kwek Leng Beng.

 

Leng Beng yang memiliki kekayaan sebanyak AS$7.1 bilion (RM23.6 bilion), meningkat daripada AS$2.4 bilion (RM8 bilion) pada tahun lalu, kini berada di tangga kedua orang terkaya naik daripada tangga keenam pada tahun lalu.

 

Keluarga Khoo Teck Puat, bekas taikun hartanah dan perbankan rakyat Malaysia, mengekalkan kedudukan mereka di tangga ketiga dengan nilai kekayaan sebanyak AS$6.7 bilion (RM22.2 bilion), sama dengan nilai kekayaan pada tahun lepas.

 

Jumlah gabungan kekayaan 50 individu terkaya di Singapura adalah AS$80 bilion (RM265.6 bilion).

Menurut Forbes, senarai orang terkaya di Singapura ini dikumpulkan menggunakan maklumat kewangan dan pegangan saham yang diperolehi daripada keluarga dan individu, pasaran saham, penganalisis serta sumber lain.

 

Tidak seperti senarai Forbes lain, nilai kekayaan mereka termasuk harta keluarga dan yang dikongsi bersama ahli keluarga seperti Leng Beng dan sepupu mereka. - Agensi

 

Unknown , Jumaat, Ogos 30, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog