Rancangan pembinaan kereta api laju hyperloop, pernah dikemukakan sekitar tahun 1900, namun tidak dapat dilaksanakan kerana kekangan teknologi ketika itu.
LOS ANGELES, 17 Julai 2013 - Usahawan angkasa lepas, Elon Musk mendedahkan rancangannya untuk membangunkan sebuah kereta api laju yang dua kali ganda lebih pantas daripada kapal terbang.
Musk mendakwa kereta api yang digelarnya sebagai 'hyperloop' itu membolehkan orang ramai membuat perjalanan sejauh 611.5 kilometer dari Los Angeles ke San Francisco dalam tempoh 30 minit sahaja.
Katanya, hyperloop yang merupakan gabungan sebuah pesawat Concorde, pelancar gelung dan meja hoki angin akan bergerak lebih laju daripada pesawat dan melakukan perjalanan itu dalam setengah jam.
Bagaimanapun, Musk hanya akan mendedahkan butiran terperinci termasuk bagaimana operasi kereta api itu dan kelajuannya pada bulan depan.
Beliau mendakwa seorang jurutera yang menyiarkan pelan hipotesis hyperloop dan landasannya di dalam Twitter merupakan 'gambaran yang paling hampir setakat ini'.
Walaupun sesetengah pihak mendakwa idea Musk sebagai gila, namun usahawan itu mempunyai rekod cemerlang dalam memikirkan sesuatu projek yang besar.
Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Spacex, syarikat swasta pertama yang menghantar bekalan kepada Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dan pengasas Paypal dan pembuat kereta elektronik Tesla Motors.
Sementara itu, Musk berkata, beliau akan mendedahkan 'rekaan bentuk alfa' bagi projek pengangkutannya yang bercita-cita tinggi itu pada 12 Ogos ini. - Agensi

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

Meminati Auto-Mechanical, tapi tak suka berlumba-lumba di jalan raya, Bahaya!!, :-)

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "