WASHINGTON, 23 Jun 2013 - Senator Parti Demokratik Amerika Syarikat (AS), Charles Schumer hari ini mendakwa Presiden Rusia, Vladimir Putin berkemungkinan mengetahui rancangan Edward Snowden untuk lari ke Rusia dan memberi perlindungan kepada bekas kontraktor tersebut.
Schumer berkata, jika perkara itu berlaku, ia akan memberi kesan terhadap hubungan diplomatik AS dan Rusia.
"Putin berkemungkinan bersubahat dengan Beijing dalam kes ini dan perkara itu amat tidak disenangi oleh AS," katanya. - Reuters

Tiada ulasan:
Catat Ulasan