HONG KONG, 23 Jun 2013 - China semalam mengecam Amerika Syarikat (AS) dengan menyifatkannya sebagai ‘penyangak’ pengintipan selepas bekas pengintip Edward Snowden membuat pendedahan baru mengenai tahap pengintipan siber Amerika Syarikat ke atas sasaran di China.
Agensi berita rasmi Xinhua melaporkan, Washington kini mengenakan tekanan ke atas Hong Kong supaya mengekstradisi bekas kontraktor Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) itu selepas dia tiba bulan lalu.
Bagaimanapun, Xinhua berkata, AS terlebih dulu perlu memberi penjelasan kepada dunia.
Dalam pendedahan terbarunya yang disiarkan akhbar Sunday Post, Snowden berkata, NSA menggodam syarikat telefon bimbit China untuk mengumpul data daripada jutaan mesej pesanan ringkas.
Katanya, pengintip Amerika juga menggodam institusi pengajian berprestij di Beijing, Tsinghua University, tempat satu daripada enam ‘tulang belakang rangkaian yang menjadi laluan semua trafik Internet di tanah besar China dan ibu pejabat Pacnet yang mengendalikan satu daripada rangkaian gentian optik terbesar Asia pasifik.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan