HONG KONG, 23 Jun 2013 - Bekas perisik Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat, Edward Snowden berlepas dari Hong Kong semalam, dilapor menuju ke Moscow sebelum ke destinasi ketiga bagi mengelak tindakan undang-undang Amerika Syarikat.
Perkembangan mengejut itu sudah pasti mencetuskan kemarahan Washington berikutan usaha mereka untuk menahannya.
“Snowden berlepas dari Hong Kong secara sukarela hari ini (semalam) untuk ke negara ketiga,” kata seorang jurucakap kerajaan.
Snowden mengambil langkah itu meskipun Amerika Syarikat sudah mengeluarkan waran tangkap dan permohonan ekstradisi kepada pihak berkuasa Hong Kong, tempat bekas pengintip itu tiba pada 20 Mei lalu. Menurut jurucakap itu, Hong Kong tidak menerima maklumat secukupnya untuk memproses waran tangkap dikeluarkan Washington. - AFP

Tiada ulasan:
Catat Ulasan