Ø Saudi paling banyak kemalangan jalan raya Salah satu kemalangan jalan raya di Arab saudi.
Ø 7,000 maut, 68,000 cedera nahas kenderaan tahun lalu
Riyadh, 30 Mar 2013 - Kemalangan jalan raya mengorbankan lebih 7,000 orang di Arab Saudi pada tahun 2011, mencatat rekod trafik paling buruk dunia, melepasi angka korban dalam perang di Teluk, kata pegawai polis trafik.
Secara keseluruhan lebih 68,000 juga cedera dalam kemalangan di negara itu pada 2011 manakala nahas seumpama itu menyebabkan kerugian melebihi SR13 bilion (RM10 bilion) kata pengarah sistem trafik Madinah, Kolonel Zuhair Abdul Rahman.
"Kemalangan adalah keganasan jalan raya sebenar atau pembunuhan beramai-ramai yang tidak kurang bahaya berbanding keganasan terancang” Kolonel Zuhair Abdul Rahman Pengarah sistem trafik Madinah
Salah satu gambar kemalangan maut di Arab Saudi
Dalam kenyataan yang disiarkan Arab Saudi, Abdul Rahman meletakkan angka kematian akibat kemalangan 2011 pada 7,153 manakala perangkaan menunjukkan lebih 86,000 maut akibat nahas jalan raya di negara itu sejak dua dekad lalu.
Katanya, angka korban sejak 20 tahun lalu melepasi bilangan yang maut dalam perang terakhir India-Pakistan, konflik di Sahara, perang Argentina-Britain, konflik dalaman Croatia dan perang saudara di Nepal, sambil menambah kematian akibat semua kejadian itu adalah 82,000.
Keganasan jalan raya
“Kemalangan adalah keganasan jalan raya sebenar atau pembunuhan beramai-ramai yang tidak kurang bahaya berbanding keganasan terancang. Data kami menunjukkan Arab Saudi mempunyai rekod trafik paling teruk di dunia dari segi kemalangan dan kematian.
“Angka kematian akibat nahas jalan raya pada 2011 melepasi bilangan yang maut disebabkan keganasan di Iraq pada tahun sama, iaitu kira-kira 4,200, ia juga melepasi kematian dalam perang Teluk terakhir apabila hampir 5,200 dilaporkan meninggal dunia,” katanya.
Abdul Rahman memberi amaran, kajian yang dibuat polis trafik Arab Saudi menjangkakan angka kematian akibat kemalangan jalan raya boleh mencecah 9,600 pada 2019. - Agensi

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "