Pendaftaran ubat mati pucuk dibatalkan
KUALA LUMPUR, 01 April 2013 - Orang ramai dinasihat berhenti menggunakan pil tradisional ”Sta-lions” kerana dikesan mengandungi racun berjadual ”tadalafil” yang boleh menyebabkan pelbagai kesan buruk kesihatan.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah telah membatalkan pendaftaran produk itu pada 28 Mac setelah dikesan mengandungi racun yang boleh menyebabkan pengurangan atau kehilangan penglihatan dan pendengaran, penurunan tekanan darah mendadak sehingga ke peringkat berbahaya, strok dan serangan jantung.
Pemegang lesen bagi produk itu ialah Together Link Enterprise, Pulau Pinang dan pengilangnya DZ Trade (Malaysia) Sdn. Bhd. di Kedah.
Katanya, tadalafil adalah sejenis ubat yang digunakan untuk merawat mati pucuk dan sebelum ini ia hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau diperoleh dari farmasi dengan preskripsi doktor.
“Mereka yang mempunyai stok produk tersebut diminta menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaannya dengan serta-merta, “ katanya.
Individu yang melanggar peraturan tersebut boleh didenda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. - Bernama

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "