2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Marah bantu panjang umur

Kajian menyatakan, kemarahan yang tidak diluahkan boleh menjejaskan kesihatan fizikal dan mudah dapat penyakit

 

London - Melepaskan kemarahan yang meluap dan menunjukkan emosi negatif tanpa berselindung adalah baik untuk kesihatan dan dapat membantu memanjangkan umur seseorang.

 

Ketua penyelidik, Marcus Mund dan dibantu Kristin Mitte dari Universiti Jena di Jerman menyatakan, kemarahan yang tidak diluahkan boleh mewujudkan perasaan dendam dan sakit hati yang tidak dapat disembuhkan.

 

"Kami dapati orang Itali dan Sepanyol boleh hidup dua tahun lebih lama berbanding orang Inggeris," Marcus Mund, Ketua penyelidik

 

Kami membuat penelitian dan cuba membandingkan sikap orang Itali dan Sepanyol yang pemarah dengan orang Inggeris yang suka memendam marah mereka".

Kesan fizikal dan mental

Kami dapati orang Itali dan Sepanyol boleh hidup dua tahun lebih lama berbanding orang Inggeris. Tambahan lagi watak orang Inggeris yang suka memendam kemarahan boleh memberi akibat serius kepada kesihatan fizikal dan mental mereka,” kata Mund yang dipetik akhbar Daily Mail.

 

Mund berkata, di dalam kajian yang dijalankan ke atas lebih 6,000 pesakit, mereka mendapati responden yang menyembunyikan rasa cemas dilaporkan mengalami peningkatan denyut nadi dan dalam jangka panjang ia boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan sakit jantung.

 

Mereka yang memendam kemarahan juga berisiko tinggi mengalami pelbagai gangguan kesihatan akibat sikap masing-masing,” katanya.

Mampu pulih kesihatan

Mund berkata, orang yang suka memendam kemarahan cenderung menghindari risiko dan selalu bertindak sendiri untuk mengatasi tekanan yang dialami.

 

Bagaimanapun kajian turut mendapati bahawa orang yang suka memendam perasaan dan berisiko tinggi diserang penyakit, berkeupayaan memulihkan kesihatan mereka dengan lebih cepat.

 

Oleh kerana mereka biasa memendam perasaan, kelompok ini juga mempunyai motivasi lebih tinggi untuk mengubah gaya hidup mereka menjadi lebih baik,” katanya. - Agensi

Unknown , Khamis, Mac 28, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog