2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Media sosial dan pengalaman Indonesia

B

enarkah media sosial membuka minda, menjadikan manusia lebih terbuka, berilmu dan toleran? Atau apakah Facebook, Twitter, blog dan khidmat pesanan ringkas (SMS) menja-dikan manusia lebih tertutup, taksub, cauvinis dan parokial?

 

Pengalaman Indonesia dalam hal ini sudah pasti menarik perhatian. Media sosial menulis semula makna demokrasi. Itu hakikat yang tidak dapat dinafikan. Malah itu merupakan fenomena yang sama di mana-mana di Dunia Ketiga. Media sosial menjadi wahana yang berpengaruh untuk mencorakkan sikap, nilai dan pemikiran baru terutama di ka langan generasi muda.

 

Satu ketika dahulu telekomunikasi hanyalah salah satu peralatan perhubungan. Tetapi teknologi telekomunikasi ternyata menjadi senjata baru rakyat. Sewaktu Revolusi Iran, mesin faks menjadi peralatan yang penting bagi menyebarkan maklumat di kalangan rakyat. Sejak kejatuhan Presiden Suharto pada penghujung abad ke-20 hinggalah ‘Arab Spring’ baru-baru ini, kita tahu peranan yang dimainkan oleh peralatan telekomunikasi.

Keterbukaan luar biasa selepas Suharto

I

ndonesia mempunyai paling ramai penganut agama Islam. Negara itu juga memainkan peranan penting dalam geopolitik serantau. Selepas kejatuhan Presiden Suharto, Indonesia dikatakan menikmati keterbukaan luar biasa dalam proses demokrasi dan media. Indonesia juga menjadi perhatian orang luar dalam konteks sejauh mana negara itu dapat mengurus keterbukaan barunya. Oleh kerana penduduk negara itu besar, sudah pasti juga isu perbezaan pendapatan dan pengagihan kekayaan di kalangan rakyatnya diperhatikan.

 

Menurut Bank Dunia, Indonesia mempunyai bilangan kelas menengah yang ketiga terbesar di dunia.

 

Pada hari ini, lebih 56.5 peratus rakyat negara itu digolongkan sebagai kelas menengah menggunakan definisi Bank Dunia. Ini bermakna 134 juta rakyatnya dalam kategori itu, peningkatan lebih 65 peratus dari tahun 2003. Bilangan itu 4.7 kali lebih besar daripada seluruh penduduk Malaysia. Mengambil kira bahawa pertumbuhan ekonomi negara itu berkembang pada kadar lima peratus beberapa tahun kebelakangan ini maka potensi untuk pertambahan bilangan mereka yang kaya dan dalam kelas menengah akan jauh lebih besar.

 

Kehadiran sedemikian besar rakyat dalam kelas menengah bermakna kadar kepenggunaan yang lebih besar bagi barangan dan perkhidmatan. Perbelanjaan pengguna atau consumer spending bagi Indonesia merupakan 55 peratus daripada Kadar Keluaran Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2011. Sebagai perbezaan peratusan bagi Negara China hanya 35 peratus sahaja.

 

Kelompok ini juga merupakan pengguna media sosial yang aktif dan berpengaruh. Rakyat Indonesia merupakan pengguna Facebook yang keempat terbesar dan di dunia dan pengguna Twitter yang terbesar di Asia. Malah Indonesia menghasilkan 15 peratus “twit” dunia hari ini. Seyogia diingat, menurut satu kajian, 94 peratus kelompok kelas menengah Indonesia menggunakan media sosial.

 

Rakyat Indonesia adalah di antara yang paling mampu berhubung (wired). Di mana-mana di Indonesia, menara telekomunikasi membolehkan rakyatnya berkomunikasi secara mudah dan murah. Deregulasi membolehkan persaingan di antara syarikat-syarikat telekomunikasi memberikan khidmat yang terbaik dan termurah.

 

Salah satu kesan utama dari kelas menengah yang terdedah pada kecanggihan teknologi ini adalah keupayaan mereka mendapat suara baru. Mereka menggunakan media sosial secara meluas dan tanpa sekatan. Ini proses pendemokrasian luar biasa yang tidak pernah dinikmati sebelum ini. Walaupun sebilangan besar mereka memanfaatkan media sosial untuk tujuan ‘bersosial’ tetapi banyak yang menggunakannya sebagai wahana untuk menyatakan pendirian dan sikap politik.

 

Soalan yang kerap ditanyakan ialah apakah Indonesia dimatangkan oleh keterbukaan baru politik dan media sosialnya? Bagaimanakah rakyat Indonesia menangani perubahan dan kebebasan baharu itu? Apakah pengguna media sosialnya bertanggungjawab? Atau apakah media sosialnya menjadi satu lagi lapangan yang bebas, tanpa kawalan dan tidak bertanggungjawab?

 

Pengalaman Indonesia tentulah menarik untuk diperhatikan. Di mana-manapun media sosial menjadi wahana penting rakyat. Tetapi tidak banyak negara yang sebesar Indonesia, dengan kepelbagaian rakyatnya, dan keanekaragaman budaya dan kelainan agamanya, yang dicorakkan dengan sedemikian hebatnya oleh dunia siber. Perhubungan di antara rakyat yang jauhnya beribu-ribu kilometer kini dirapatkan oleh peralatan teknologi komunikasinya dan segala aplikasinya.

 

Apa yang jelas, rakyat Indonesia mendapat suara baru. Suara itulah yang mencorakkan pemikiran, wacana dan dialog sesama rakyat. Daripada banyak segi, media sosial melambangkan emansipasi baharu rakyat. Rakyat bebas menegur, memberi pandangan dan mengkritik. Rakyat juga memberikan pandangan dalam pelbagai hal - daripada rasuah hingga isu alam sekitar. Mereka juga boleh menjadi juara toleransi dan keterbukaan.

 

Boleh jadi wahana berbahaya

M

alangnya suara itu juga yang ada kalanya disalahgunakan. Seperti di mana sahaja, di tangan orang yang tidak bertanggungjawab, media sosial menjadi wahana yang berbahaya. Alam siber tidak ada undang-undang, dunia koboi yang tidak ada peraturan. Siapa sahaja boleh membelasah, mengecam dan menghina sesiapa sahaja.

 

Apakah media sosial menjadi suara bicara rakyat untuk tujuan yang berguna? Ini bukan perdebatan di Indonesia sahaja, malah di negara-negara lain, termasuk di Malaysia. Rakyat kita juga pengguna media sosial yang aktif. Media sosial mempunyai peranannya yang tersendiri dalam berkongsi ilmu, maklumat dan pengetahuan. Lebih penting lagi bagi memastikan bahawa kita dapat berhujah secara sihat dan terbuka tentang banyak hal – daripada politik hingga kesejahteraan dan keamanan rakyat.

 

Indonesia mempunyai sejarah toleransi agama dan kaum yang luar biasa. Indonesia juga menjadi model pembinaan negara bangsa yang patut dicontohi. Demikian juga Indonesia selalu dicemburui kerana model patriotismenya. Apakah semua itu akan berubah dengan pengaruh media sosial?


* Oleh Johan Jaaffar, Berita Harian, 27 Mar 2013.



 

2x5 :: Ketakutan disebabkan ketidakmampuan / keyakinan diri pada tindakbalas golongan bawahan

Unknown , Khamis, Mac 28, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog