/

Kuala Lumpur disenaraikan kota raya membeli-belah ke-4 terbaik dunia

KUALA LUMPUR, 26 November 2012 - Kuala Lumpur disenaraikan sebagai kota raya membeli-belah ke-4 terbaik dunia oleh rangkaian berita global CNN, kata Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

 

Beliau berkata dalam kajian CNN menerusi '10 Top Best Shopping Cities in the Wolrd', kota raya New York menduduki tempat pertama diikuti Tokyo dan London.

 

Paris berada di tempat kelima, diikuti Hong Kong, Buenos Aires, Vienna, Dubai dan Madrid, katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

 

"Penghakiman adalah berdasarkan empat kriteria, iaitu kemudahan bergerak, nilai untuk wang, kepelbagaian dan pengalaman.

 

"Kuala Lumpur meraih 30 mata daripada 40 mata keseluruhan: enam mata bagi kemudahan bergerak, 10 mata bagi nilai untuk wang, lapan mata untuk kepelbagaian dan 10 mata bagi pengalaman," tambah beliau.

New York meraih 35 mata, diikuti Tokyo (34) dan London (31).

 

Dr Ng berkata, Kuala Lumpur merupakan satu-satunya kota raya yang meraih 10 mata penuh dalam nilai untuk wang, sekali gus menunjukkan bahawa kepelbagai produk yang terdapat di bandar raya ini, mampu dimiliki dan harga berpatutan.

 

Pada awal bulan ini, Kuala Lumpur telah dinobatkan sebagai destinasi membeli-belah kedua terbaik di Asia Pasifik oleh Globe Shopper Index yang dicipta oleh 'Economist Inteligence Unit' yang merupakan sebahagian daripada kumpulan ahli ekonomi dan ditauliahkan oleh syarikat pelancongan membeli-belah, 'Blue Global' yang terletak di Switzerland. - Bernama

Unknown , Selasa, November 27, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog