2+4 hrs...Twogether Fourever Daripada Abu Said al-Khudri R.A katanya, sabdanya Rasulullah S.A.W, “Bagaimanakah saya akan dapat bersenang-senang di dunia sedangkan malaikat Israfil telah meletakkan sangkakala di mulutnya. Dia menunggu perintah (untuk meniupnya) apabila diperintahkan maka dia akan meniupnya.” Berita itu adalah amat berat bagi para sahabat Rasulullah S.A.W, lalu Baginda bersabda, “Hendaklah kamu berkata, “Hasbunallahuwani’malwakil” (cukuplah Allah tempat kita menyerah).”

/

Dosa menganiaya orang lain

Seorang sahabat saya telah forward 1 artikel yang cukup memberikan kesan pada hati saya. Saya kongsikan dengan anda.
 
Kesimpulan yang boleh saya dapat daripada artikel ini ialah, JANGAN SEKALI-KALI KITA MENGANIAYA atau MENJATUHKAN MARUAH ORANG LAIN.
 
Sebab, dosa menganiaya orang lain tidak akan terampun selagimana dia (orang yang teraniaya itu) memaafkan kesalahan kita.
 
 
 
"Aida & Ina, Tolonglah maafkan aku."
Pada 14 tahun yang lalu, saya adalah penuntut IPTA di selatan tanah air.
 
Saya lahir dari keluarga yang berada dan memiliki kereta sendiri. Senang untuk berulang alik dari rumah sewa ke fakulti. Lagak saya seperti pelajar pandai kerana penampilan saya cukup sempurna. Tetapi sebenarnya saya adalah pelajar yang lemah.
 
Saya mengaburi mata kawan-kawan dengan wang yang saya ada. Hanya untuk mempunyai ramai kawan.
 
Saya ada tujuh orang kawan di rumah sewa. Tetapi Ina dan Aida selalu menjauhkan diri dari saya. Saya dapat rasakan ada sesuatu yang disembunyikan.
 
Lagak Ina dan Aida seperti pelajar biasa pergi ke kuliah tetapi mereka pulang rumah pukul 10 malam. Apabila ditanya mereka akan menjawab ke rumah kawan membuat tugasan kuliah.
 
Akhirnya saya bersama kawan rumah sewa yang lain mengintip mereka berdua. Rupa-rupanya mereka membuat kerja sampingan di kedai dobi.
 
Saya sebagai ketua dan kawan-kawan lain bersubahat mengenakan mereka berdua. Saya telah merakam pergerakan mereka.
 
Kemudian saya dan kawan-kawan sebarkan cerita pada kawan-kawan lain di fakulti bahawa Ina dan Aida terpaksa bekerja di kedai dobi untuk menyara kehidupan mereka. Kedua mereka sangat malu dengan kenyataan yang lengkap dengan bukti gambar.
 
Kesannya kawan-kawan yang lain memulaukan mereka kerana takut diejek pekerja dobi.
 
Selepas tamat pengajian dengan pengaruh dan dan kuasa yang ada pada ayah dan ibu, akhirnya saya mendapat kerja dan berkahwin dengan jutawan.
 
Tetapi badai melanda kehidupan. Saya dikurniakan empat orang anak tetapi mereka cacat tangan dan bisu. Anak-anak selalu mengadu kawan-kawan di sekolah selalu mengejek mereka. Saya sangat sedih.
 
Keluarga saya, suami, mertua serta kawan-kawan mula menjauhkan diri. Saya sangat tertekan. Saya mengambil keputusan untuk menunaikan umrah.
 
Anak saya tinggalkan kepada pengasuh. Di sana Allah telah tunjukkan pada saya satu ketentuan.
 
Datang seorang lelaki peniaga tamar menyapa saya supaya berkongsi masalah dengannya. Saya akur dengan permintaannya.
 
Setelah menjelaskan masalah saya, peniaga terbabit bertanya kepada saya,
 
"Adakah suatu ketika dulu awak telah menggunakan tangan serta mulut untuk menjatuhkan atau menganiaya orang lain. " Jika benar pak cik rasa inilah balasan Allah atas perbuatan awak dahulu. Sebab itulah awak dikurniakan anak-anak yang cacat. "
 
Tetapi awak masih ada peluang untuk bertaubat. Pergilah memohon maaf pada sesiapa sahaja yang awak telah aniaya atau jatuhkan maruahnya. Sama ada kawan-kawan awak melakukan kesilapan atau tidak.
 
Awak tidak sepatutnya bercerita keaiban orang pada masyarakat atau orang lain. Selagi masyarakat atau kawan-kawan awak tidak memaafkan, selagi itulah Allah tidak menerima amalan awak," katanya.
 
"Ya Allah, inikah balasan Mu terhadapku atas perbuatan menjatuhkan maruah Aida dan Ina dulu." Hati saya menjerit meronta.

Setelah kembali ke Malaysia saya mencari Aida dan Ina tetapi tidak ketemu.
 
Maka diruang ini, saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada Aida dan Ina, pelajar UiTM 1995, atas perbuatan saya menjatuhkan maruah anda berdua dahulu.
 
Tolonglah maaf kesilapan saya agar saya dan anak-anak dapat meneruskan kehidupan tanpa ejekan atau pemulauan daripada masyarakat sekeliling.
 
"INA, AIDA, MAAFKAN NATRAH (NED) YA."
 
NATRAH BT. NAJMAN (NED)
Menara Jati, Kuala Lumpur
Sumber : Mingguan Malaysia (Ahad) 13 Disember 2009
 
P/S : Jadi, sama-sama lah kita beringat ya! JANGAN SEKALI-KALI MENGANIAYA atau MENJATUHKAN MARUAH ORANG LAIN. Nanti buruk padahnya!
Cik NiNe Che Kadir , Khamis, Oktober 25, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Cik NiNe Che Kadir

Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus