2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Matahari terbit dari barat?

Semenjak Akhir-akhir ini, banyak rencana menyentuh soal Marikh (Mars) - sempena pendaratan terbaru yang dilakukan Amerika Syarikat di planet itu.
 
Apakah sambutan Dunia Islam terhadapnya? Sunyi sepi seperti planet itu.
 
Tiada perbincangan, misalnya, tentang adakah mungkin manusia hidup di planet merah itu suatu hari nanti. Atau kemungkinan kita bertemu tamadun di sana yang dapat menimbulkan pelbagai persoalan menarik perihal iman dan agama.
 
Paling banyak, saya temui laporan di laman web Iran Voice of Justice tentang adanya percubaan - betul atau tidak - menggodam signal antara Bumi dengan kenderaan perantau Amerika di Mars itu.
 
Di Internet, muncul semula satu 'laporan' berkenaan Marikh dan kaitannya dengan hadis berkenaan satu tanda hari kiamat - bahawa matahari akan terbit dari Barat.
 
(Saya katakan 'muncul semula' kerana ini bukan pertama kali 'laporan' itu disebarkan - bahkan pernah timbul bertahun lalu.)
 
Menurut 'laporan' itu:
  • Kelajuan planet Marikh kian perlahan ke arah timur. Ia kemudian berhenti dan kemudian mula bergerak ke arah Barat. Ertinya, matahari terbit dari Barat di Marikh!
  • Penjelasan bagi fenomena itu bergelar retrograde motion ('pergerakan retrograd'). Semua planet mengalaminya - termasuk Bumi ini. Ertinya, satu hari nanti di Bumi, matahari juga akan terbit dari Barat!
  • Fakta ini bukan olok-olok - ia turut disiarkan oleh Nasa - bukan calang-calang badan!
'Laporan' itu memang bertujuan baik - ingin mengingatkan kita tentang kiamat.
 
Masalahnya, terdapat kesilapan padanya:
 
*Pertama, Mars tidak pernah bergerak laju, perlahan ataupun berhenti - pergerakannya tetap sama, pada kadar kelajuan yang sama, dalam orbit yang mantap mengelilingi matahari.
 
Kelajuannya tampak berbeza kepada mata kasar kita yang memerhatikannya daripada muka Bumi ini.
 
Ini kerana Bumi lebih dekat dengan matahari berbanding Marikh. Pergerakan kedua-duanya dalam orbit mengelilingi matahari pula berbeza - bukan hanya dari segi haluan, bahkan kelajuan (Bumi lebih laju).
 
Ini pasti akan menimbulkan ilusi Marikh beredar pada kelajuan berbeza di langit - termasuklah bertukar haluan dari timur ke barat atau sebaliknya - sebagaimana adanya bulan penuh dan bulan sabit di kedudukan berbeza setiap malam.
 
*Kedua, Nasa memang ada menyiarkan tentang 'pergerakan retrograd' planet.
 
Namun, menurut tinjauan peribadi, tidak pula ia menyebut tentang terbitnya matahari dari barat di Marikh.
 
Ertinya, 'laporan' itu ibarat mengada-ngadakan fakta atau membuat rumusan ilmiah sendiri - yang ternyata silap.
 
 
Memanglah, ada beberapa hadis sahih menyebut tentang terbitnya matahari dari barat sebagai satu tanda besar Hari Kiamat.
 
Dalam hadis riwayat Bukhari, misalnya, Abu Hurairah ra berkata Nabi Muhammad saw bersabda bahawa "kiamat tidak akan tiba sehingga matahari terbit dari barat".
 
Dalam hadis riwayat Muslim pula, Nabi menyebut 10 tanda kiamat, termasuklah "terbit matahari dari tempat tenggelamnya" - iaitu dari barat.
 
Memanglah 'laporan' itu bertujuan baik - mengingatkan kita tentang detik perhitungan besar agar manusia bertaubat segera.
 
Bagaimanapun, penting bagi kita memahami sesuatu fakta dengan sejelas-jelasnya sebelum membuat rumusan atau andaian sendiri, malah lebih buruk lagi, menyebarkannya tanpa berfikir dua kali. Jadi akhirnya, sesuatu yang asalnya bermaksud baik bertukar menjadi jelik.
 
Tidak syak, apa yang disebut dalam hadis itu pasti akan berlaku - sebagaimana sabda Nabi, satu hari nanti matahari akan terbit dari Barat, menandakan kiamat. Namun, usahlah kita serkap jarang, menangkap muat akan apa saja fakta sains yang datang.
 
Kalau matahari terbit dari barat, itu antaranya memerlukan Bumi menukar haluannya. Akibatnya amat dahsyat.
 
Baca saja andaian Bumi berhenti berputar buat sejenak saja dalam cereka tulisan H.G. Wells, The Man Who Could Work Miracles.

Semoga sambutan ummah kepada sebarang penemuan sains akan lebih bermakna.
Unknown , Rabu, September 05, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog