2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Kaktus banyak khasiat

BERKHASIAT: Pokok Nopal Cactus bagai kaki manusia ini juga dikenali sebagai 'Prickly Pear' dan mempunyai banyak khasiat kesihatan untuk mengawal penyakit.

 
Oleh OSMAN ALI   
 
MENDENGAR nama Nopal Cactus ada yang mungkin tertanya-tanya pokok kaktus jenis apakah itu?
 
Pokok ini sebenarnya daripada pokok famili Cactaceae jenis Opuntia. Nopal Cactus juga dikenali sebagai Prickly Pear dan ia telah menjadi makanan harian orang Mexico sejak berkurun-kurun lamanya.
 
Kelebihan pokok ini terletak pada khasiatnya yang banyak sebagai bahan makanan. Malah, pokok ini juga telah dijadikan sebagai ubat untuk mengurangkan kadar gula dalam darah untuk pesakit kencing manis dan mengurangkan kadar insulin berlebihan yang membuat kita selalu lapar.
 
Kadar insulin yang tinggi ini yang membuat kita mengidamkan gula. Justeru, ramai pesakit kencing manis diberikan Nopal Cactus untuk membantu mengawal lagi kadar gula dalam darah mereka.
 
Nopal Cactus juga didapati boleh mengawal kadar kolesterol. Ini terjadi apabila kandungan serat, pektin (sejenis karbohidrat kompleks) dan antioksidan dalam Nopal Cactus menyekat dan mengurangkan penyerapan lemak dan kolesterol daripada makanan ke dalam badan.
 
Para saintis juga mendapati organ hati manusia lebih mampu mengawal metabolisme lemak dan kolesterol apabila Nopal Cactus dimakan.
 
Bagi sesiapa yang mempunyai masalah ulser perut, Nopal Cactus juga disarankan mengurangkan rasa tidak selesa akibat ulser itu. Kandungan serat kanji kaktus ini dipercayai mampu membaiki keadaan ulser perut itu.
 
Nopal Cactus juga mengandungi banyak antioksidan yang baik untuk mengawal radikal bebas (molekul- molekul yang mengakibatkan penuaan dan kerosakan tisu tubuh), selain protein, asid amino dan vitamin seperti vitamin A, C, K dan B6.
 
Ia juga kaya dengan zat galian seperti kalsium, boron, kromium, zat besi, magnesium dan selenium yang sangat diperlukan tubuh manusia setiap hari.
 
Dengan kandungan serat, pektin dan antioksidan, ia membantu sistem penghadaman secara semula jadi. Ini sangat penting kerana apabila umur meningkat, ramai orang mengalami masalah penghadaman yang boleh menjejas kesihatan perlahan- lahan dan menimbulkan penyakit kronik pada jangka panjang.
 
Jadi, Nopal Cactus adalah makanan semula jadi yang banyak memberikan khasiat kepada manusia.
 
Khasiat
 
Khasiat pokok ini adalah:
  1. Membaiki sistem penghadaman.
  2. Mengawal kadar gula dalam darah.
  3. Mengawal kadar kolesterol berlebihan dalam darah.
  4. Mengurangkan inflamasi kronik dalam badan.
  5. Membantu membaiki ulser perut.
  6. Membantu menguatkan sistem ketahanan badan.
Sesiapa yang mempunyai penyakit seperti kencing manis, kadar kolesterol tinggi, masalah penghadaman, ulser perut dan mereka yang ingin menjaga kesihatan sebelum terjadi penyakit kronik boleh mengambil Nopal Cactus sebagai makanan tambahan.
 
Ia selamat, diuji kaji oleh ramai saintis dan terbukti berkesan sebagai makanan semula jadi untuk 'merawat'.
 
Nopal Cactus mudah didapati sekarang. Ia dijual sebagai makanan tambahan kesihatan atau suplemen seperti Lustre Nopal Cactus yang diperbuat di Amerika Syarikat oleh pengilang Muslim.
 
Nota: Penulis pengarah urusan MyLustre Pte Ltd.
Unknown , Rabu, September 05, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog