2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Jenayah parkir pusat beli-belah

Adakah sudah tidak selamat mengunjungi pusat membeli-belah sekarang? Persoalan itu mungkin pada segelintir masyarakat yang gusar untuk mengunjunginya selepas mendengar dan membaca kes jenayah di tempat letak kereta di premis itu. Cubaan samun dan rompak menggunakan senjata kebelakangan ini sering dilaporkan sekali gus menyebabkan masyarakat bimbang akan keselamatan mereka mengunjungi premis membeli-belah. Namun, jenayah ini boleh diatasi dengan kerjasama daripada semua pihak termasuk polis, pengawal keselamatan, pengusaha premis dan sikap masyarakat itu sendiri.
 


Mangsa   

  1.    Wanita
  2.     Ahli perniagaan
  3.     Sesiapa sahaja yang memberi peluang kepada penjenayah untuk melakukan aktiviti mereka

Modus Operandi

PENJENAYAH akan memerhatikan tingkah laku mangsa, sekali kecuaian dapat memberi peluang kepada penjenayah untuk samun ataupun ragut. Penjenayah selalunya menunggang motosikal bagi memudahkan mereka menjalankan aktiviti. Mereka akan menyerang mangsa menggunakan senjata tajam dan mengugut supaya menyerahkan barangan berharga. Tindakan seperti memukul dan memaksa akan berlaku sekiranya mangsa enggan menurut arahan mereka.Ada juga yang menaiki kereta untuk melakukan aktiviti jenayah ini. Penjenayah akan melakukan secara berkumpulan dan memerhatikan tingkah laku mangsa sebelum menyerang.


Statistik untuk awal tahun 2012

SEJAK awal tahun ini, polis menerima 15 kes samun dan ragut di Selangor dan Kuala Lumpur.

Selangor - enam kes dilaporkan.

Kuala Lumpur - sembilan kes dilaporkan melibatkan lima kejadian di tempat letak kereta biasa dan empat di tempat letak kereta bawah tanah bangunan tertentu.


Tindakan polis
 

    Penempatan anggota Rela sebagai sokongan.
    Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengadakan pertemuan dengan Persatuan Pengurusan Kompleks (PPK) Malaysia bagi membincangkan kaedah terbaik meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan berkenaan untuk keselesaan pengunjung.

    Menyediakan latihan asas polis kepada pekerja syarikat kawalan keselamatan.


Tindakan pemilik pusat membeli-belahimage-parkir

  1.    Perlu peka dan mengambil berat keselamatan pengunjungnya dan memastikan mereka sentiasa dalam keadaan selamat, terutama apabila berada di kawasan tempat letak kereta.
  2.     Menyediakan kawasan tempat letak kereta khas untuk wanita berdekatan pintu masuk setiap premis perniagaan
  3.     Memastikan sistem kamera litar tertutup yang dipasang berfungsi dengan baik.
  4.     Menempatkan pengawal keselamatan di kawasan tempat letak kereta yang sunyi terutama pada waktu malam.


Tindakan individu untuk mengelak menjadi mangsa

  1.     Mengelakkan daripada membawa sejumlah wang banyak kerana boleh menarik perhatian penjenayah. Peka keadaan sekeliling. Letak kenderaan di parkir yang jauh sekiranya ianya lebih selamat berbanding parkir yang dekat dengan pintu masuk premis pusat membelibelah.
  2.     Minta bantuan rakan atau pengawal keselamatan untuk menemani anda ke tempat letak kereta sekiranya keadaan persekitaran gelap atau berasakan tindakan tersebut adalah lebih selamat.
  3.     Jadikan kebiasaan meninjau dulu keadaan dalam kenderaan sebelum masuk. Walaupun kemungkinan orang yang tidak dikenali berada dalam kenderaan anda adalah kecil, namun perbuatan itu menunjukkan tahap waspada terhadap sebarang bentuk jenayah.
  4.     Pastikan kunci kereta berada di tangan sebelum menghampiri kenderaan. Elakkan daripada tercari-cari sesuatu di dalam beg ketika di tempat awam yang secara tidak langsung memberi peluang kepada penjenayah.
  5.     Kunci kenderaan sebelum menghidupkan enjin kereta.
  6.     Elak melengahkan masa di tempat terbuka dan beredar selepas urusan selesai.


Kesalahan

MEREKA yang melakukan kesalahan boleh disiasat di bawah: Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana rompakan bersenjata. Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cubaan menyamun dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun, denda dan sebatan jika sabit kesalahan.

Contoh kes:

  • 27 Mei 2012 - Dua wanita rugi RM80,000 selepas beberapa minit bergelut dengan dua lelaki dalam satu kejadian samun di pusat membeli-belah terkenal di Mutiara Damansara, Petaling Jaya. Dua wanita terbabit yang bekerja di sebuah kedai di tingkat dua pusat beli-belah berkenaan keluar dari kedai menuju ke lif untuk ke bank yang terletak di tingkat bawah. Namun, ketika menunggu lif jam 10.40 pagi, mereka didatangi dua lelaki yang menarik beg galas berisi wang. Ketika itu pusat beli-belah berkenaan baru mula beroperasi dan ramai peniaga belum memulakan perniagaan dan tiada individu menyedari insiden itu.
  • 27 Mei 2012 - Mangsa yang dikenali sebagai Chin yang baru selesai membeli-belah seorang diri meletakkan barangan dibelinya dalam kereta milik teman lelakinya apabila tibatiba didatangi seorang lelaki meletakkan pisau di leher dan menutup mulutnya. Wanita berusia 20-an itu, dia menyatakan rasa bersyukur kerana melepaskan diri walaupun berdepan dua lelaki bersenjatakan pisau dalam kejadian jam 5.30 petang itu di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.
  • Jun 2012 - Seorang jurujual terpaksa berhadapan dengan penjenayah yang menyerangnya dengan menggunakan parang di sebuah pusat membeli-belah, kira-kira jam 10 malam. Penjenayah memaksanya memandu ke sebuah mesin ATM untuk mengeluarkan wang.
  • 18 Julai 2012 - Seorang ahli perniagaan menjadi mangsa kes samun di parkir kenderaan di sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya. Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, seorang lelaki menghampiri mangsa sebelum cuba merampas beg bimbitnya. Terkejut tindakan itu, mangsa yang hanya mahu dikenali Lim, 69, cuba mempertahankan beg bimbitnya, menyebabkan berlaku pergelutan. Suspek yang berang menumbuk muka mangsa, kemudian melarikan diri tanpa ambil apa-apa barangan.

Oleh NORAIZURA AHMAD, Sinar harian, 23 Julai 2012
Unknown , Isnin, Julai 23, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog