LONDON, 24 Mei 2012 : Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg mungkin baru menukar status perhubungannya kepada 'berkahwin' Sabtu lalu, namun laman sosial itu kini didapati menyumbang kepada satu pertiga daripada jumlah perceraian di sini, hasil satu tinjauan yang dilakukan oleh firma perundangan.
Menurut satu kajian ke atas 5,000 petisyen perceraian oleh firma perundangan United Kingdom, Divorce Online, lebih 33 peratus perceraian tahun lalu yang disenaraikan adalah berpunca daripada Facebook.
Jumlah itu naik mendadak berbanding 20 peratus pada 2009.
Tinjauan tersebut mendapati, terdapat peningkatan aduan oleh pasangan suami isteri yang bertengkar mengenai perbuatan sama ada mereka menukar status perhubungan masing-masing kepada bercerai dengan mesej-mesej yang tidak sesuai kepada jantina berbeza menjadi punca utama kepada aduan itu.
"Sekiranya seseorang ingin menjalinkan hubungan sulit, Facebook merupakan cara yang mudah untuk melakukannya,'' kata jurucakap Divorce Online, Mark Keenan.
Malah, status yang dikemas kini, pemergian mencurigakan ke restoran dan gambar-gambar tidak sesuai yang dipaparkan di Internet, turut dijadikan bahan bukti dalam kes perceraian.
"Justeru, pengguna Facebook perlu berhati-hati mengenai status yang mereka tulis kerana mahkamah melihat ia boleh digunakan dalam kes tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak sebagai bukti,'' kata Keenan.
Sementara itu, menurut Akademi Peguam Perkahwinan Amerika Syarikat (AS), kira-kira 80 peratus peguam di negara itu mendedahkan, jumlah kes perceraian berpunca daripada laman sosial semakin meningkat.
"Saya melihat isu Facebook mengakibatkan perpecahan dalam perkahwinan berlaku sepanjang masa,'' kata peguam perceraian di Connecticut, Gary Traystman kepada Smartmoney.com.
Daripada 15 kes yang dikendalikannya dalam tempoh setahun, rekod komputer, mesej dan email dijadikan sebagai bahan bukti dengan 60 peratus daripadanya melibatkan Facebook. - Agensi
Sabtu, Mei 26, 2012
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Facebook punca pasangan cerai silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "