/

Premis Perniagaan Makanan Diberi Tempoh Akhir Mei Mula Guna Logo Halal Jakim

BERA, 6 Mac - Semua premis perniagaan makanan diberi tempoh sehingga akhir Mei untuk mula menggunakan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di premis perniagaan masing-masing.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hanya Jakim sahaja yang sah mengeluarkan logo halal, manakala logo lain termasuk yang dikeluarkan pihak swasta adalah tidak diiktiraf.
"Penguatkuasaan logo halal Jakim akan bermula pada 1 Julai depan dan premis perniagaan yang menggunakan logo selain dikeluarkan Jakim boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perdagangan Dalam Negeri 2011 (i) Seksyen 16," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada 1,109 penduduk Parlimen Bera di Kompleks Rakan Muda Kerayong di sini, Selasa.
Katanya, bagi individu yang disabitkan kesalahan boleh didenda RM250,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali, manakala syarikat atau premis berdepan denda RM500,000.
Ismail Sabri berkata Jakim bersama kementeriannya telah menubuhkan satu jawatan khas pemantauan berhubung penggunaan logo halal itu di mana anggota tersebut akan bertindak tegas ke atas premis perniagaan yang tidak mengikuti arahan dan peraturan yang dikeluarkan.
"Kita kini sedang mengadakan lawatan serta kunjungan ke premis perniagaan dengan menasihati pemiliknya supaya menukar segera logo lama serta mengikuti garis panduan yang ditetapkan," katanya. - Bernama
Cik NiNe Che Kadir , Khamis, Mac 08, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Cik NiNe Che Kadir

Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog