2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Pentagon cipta robot paling pantas

Video merakamkan robot Cheetah dipamerkan oleh Darpa sebuah agensi penyelidikan Pentagon kelmarin.
 
WASHINGTON, 7 Mac - Agensi penyelidikan Pentagon telah mencipta robot paling pantas di darat yang dinamakan 'Cheetah' dan ia mampu memecut kelajuan sehingga 29 kilometer sejam.
 
Robot tidak berkepala itu kelihatan seperti seekor anjing kecil dan ia tunjukkan dalam keadaan sedang berlari di atas alat treadmill di dalam gambar dan video yang dikeluarkan oleh Agensi Projek Penyelidikan Lanjutan Pertahanan (Darpa).
 
''Pergerakan robot itu direka berdasarkan pergerakan haiwan yang pantas di alam semula jadi.
 
''Kelajuan robot itu pula ditingkatkan berasaskan pergerakan seekor Cheetah sebenar,'' kata Darpa dalam kenyataannya.
 
Larian Cheetah telah merekodkan satu 'rekod baru bagi robot berkaki di darat' mengetepikan rekod sebelum ini, berkelajuan 21.1 kilometer sejam yang dicatatkan pasukan Institut Teknologi Massachusetts (MIT) pada 1989.
 
Cheetah ternyata bergerak lebih pantas daripada purata larian manusia, namun ia tidak dapat bersaing dengan pemenang pingat emas Sukan Olimpik, Usain Bolt.
 
Robot yang dicipta oleh Boston Dynamics di Waltham, Massachusetts, dan sebahagiannya dibiayai daripada pergerakan maksimum Darpa dan program manipulasi (M3) iaitu program yang bertujuan memajukan teknologi robotik.
 
Robot seperti itu mampu membantu askar Amerika Syarikat (AS) untuk mempercepatkan misi melupuskan bom di tepi jalan dan lebih baik dalam mengetuai medan peperangan yang berbahaya.
 
''Penggunaan robot darat dalam misi ketenteraan melibatkan pelupusan bahan letupan telah berjaya menyelamatkan banyak nyawa dan mengelak berlakunya kecederaan.
 
''Jika had semasa mengenai keupayaan pergerakan dan manipulasi robot boleh diatasi, robot-robot akan menjadi lebih berkesan dalam membantu tentera menghadapi pelbagai misi yang lebih besar,'' kata kenyataan Darpa.
 
Sementara itu, Ketua Saintis Robotik Boston Dynamics, Alfred Rizzi berkata, ujian lapangan untuk mesin larian bebas sedang dirancang pada penghujung tahun ini. - AFP
Adam Merah , Sabtu, Mac 10, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Adam Merah

CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog