2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Li Ka-shing terkaya di Asia

HONG KONG : Taikun Hong Kong, Li Ka-shing merampas semula kedudukan teratas sebagai lelaki terkaya Asia selepas tujuh tahun, mengetepikan Lakshimi Mittal dari India dalam senarai terbaru bilionair Forbes yang dikeluarkan, semalam.
 
Ka-shing yang berusia 83 tahun mempunyai harta bernilai AS$25.5 bilion (RM8 bilion), mengatasi ahli perniagaan keluli berpangkalan di London, Lakshimi yang kerugian $10.4 bilion (RM33.3 bilion) tahun lalu apabila saham dalam ArcelorMittal, pembuat keluli terbesar dunia menjunam. Lakshimi yang turut terkeluar daripada senarai 10 teratas dunia buat kali pertama sejak 2005 kini dianggarkan mempunyai harta bernilai $20.7 bilion (RM66.2 bilion).

Ka-shing yang mempunyai nama gelaran "superman" ekoran kejayaan perniagaannya dalam tempoh yang panjang memulakan perniagaan sebagai pembuat bunga plastik dan kini mempunyai empayar perniagaan yang meluas termasuk hartanah, telekom, kemudahan awam, pelabuhan dan peruncitan.
 
Satu daripada setiap tujuh kediaman di Hong Kong, bandar raya di selatan China dibina oleh syarikatnya yang turut mengendalikan 70 peratus daripada pelabuhan bekas koloni Britain itu, menurut Forbes. Lelaki kedua terkaya Asia dalam senarai tahunan Forbes ialah warga India, Mukesh Ambani dengan harta bernilai $22.3 bilion (RM71.3 bilion). Hartanya berkurangan apabila saham daripada konglomerat minyak dan gas miliknya, Reliance Industries mengalami susut nilai ekoran kejatuhan pengeluaran gas.

Dalam senarai dunia, Ka-shing meningkat daripada tangga ke-11 kepada ke sembilan, manakala Mukesh dan Mittal menduduki tempat ke-19 dan ke-21. Sementara itu, taikun telekom Mexico, Carlos Slim berada di kedudukan teratas dalam senarai dunia dengan harta bernilai $69 bilion (RM220.8 bilion). - AFP
 
+
 
Carlos Slim paling kaya di dunia

NEW YORK : Bilionair dari Mexico, Carlos Slim mengekalkan kedudukan tempat teratas sebagai individu terkaya di dunia buat kali ketiga berturut-turut dalam senarai majalah Forbes kelmarin.
 
Beliau memiliki anggaran kekayaan berjumlah AS$69 bilion (RM207 bilion).
 
Pengasas Microsoft Corporation, Bill Gates menduduki tempat kedua dengan anggaran kekayaan sebanyak AS$61 bilion (RM183 bilion).
 
Ahli perniagaan dari Amerika Syarikat (AS), Warren Buffett berada di tempat ketiga dengan anggaran kekayaan berjumlah AS$44 bilion (RM132 bilion).
 
Peniaga barang-barang mewah yang memiliki syarikat LVMH dari Perancis, Bernard Arnault masih kekal di tempat keempat dengan anggaran kekayaan berjumlah AS$41 bilion (RM123.41 bilion).
 
Empat individu teratas itu masih kekal sama seperti senarai Forbes pada tahun lepas.
 
Wanita paling muda dalam senarai itu ialah pengasas syarikat Spanx, Sara Blakely yang mempunyai anggaran aset berjumlah AS$1 bilion (RM3 bilion) hasil perniagaan pakaian pelangsing badan dan berada pada kedudukan 1,153.
 
Beliau merupakan antara 104 wanita dalam senarai itu.
 
Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, 27, berada di tempat ke-35 dengan anggaran kekayaan berjumlah AS$17.5 bilion (RM52.67 bilion).
 
Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg berada pada tangga ke-20 dengan anggaran kekayaan sebanyak AS$22 bilion (RM66.2 bilion).
 
Seorang kerabat diraja Arab Saudi, Putera Alwaleed Talal al-Saud memiliki anggaran kekayaan berjumlah AS$18 bilion (RM54.18 bilion) berada pada tangga ke-29.
 
Menurut perangkaan Forbes, terdapat seramai 1,226 bilionair di dunia.
 
Sementara itu, Robert Kuok menduduki tangga ke-64 dengan anggaran kekayaan AS$12.4 bilion (RM37.32 bilion) diikuti Ananda Krishnan di tangga ke-93 yang dianggarkan mempunyai kekayaan berjumlah AS$9.9 bilion (RM29.79 bilion).
 
Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary menduduki tangga ke-344 dengan anggaran kekayaan sebanyak AS$3.3 bilion (RM9.93 bilion). - Agensi
Unknown , Sabtu, Mac 10, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog