2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Majoriti berpoligami


NARATHIWAT (Selatan Thailand) : Setiap hari, Majlis Agama Islam Narathiwat menikahkan enam pasangan warga asing dan separuh dari negara jiran, Malaysia.

Pendaftar Nikah, Majlis Agama Islam Narathiwat, Bahagian Luar Negara, Ishak Mohammad, berkata pasangan terdiri pelbagai latar belakang tetapi majoriti golongan pertengahan datang ke daerah ini untuk berpoligami.

"Pasangan biasanya mendakwa mengalami masalah peribadi yang tidak dapat diselesaikan menyebabkan mereka datang ke daerah ini sebagai jalan terakhir.

"Bagaimanapun, selepas sesi soal jawab dan mereka perlu melengkapkan borang disediakan, kami akan menikahkan mereka mengikut kedudukan jarak perjalanan (marhalah)," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau berkata demikian dalam majlis perjumpaan dengan wakil jabatan agama Islam serta agensi lain dari Kelantan, sempena kunjungan ke Majlis Agama Islam Narathiwat, di sini, kelmarin.

Hadir sama Yang Dipertua Majlis Agama Islam Narathiwat, Abdul Razak Ali.

Selain warga Malaysia, daerah ini turut menjadi tumpuan Vietnam, Cambodia malah pasangan dari Timur Tengah turut berkunjung ke wilayah ini untuk bernikah.

Majlis Agama Islam Narathiwat bagaimanapun tidak menikahkan pasangan khusus dari Malaysia di bawah umur berusia 18 tahun ke bawah bagi lelaki dan 16 tahun ke bawah bagi perempuan, tetapi atas sebab tertentu ia dibolehkan.

Ishak berkata, 33 ahli jawatan kuasa (AJK) saja diberi tauliah menikahkan pasangan mahu berkahwin.

Sementara itu, ditanya mengenai sindiket pemalsuan sijil pernikahan membabitkan wilayah berkenaan, beliau berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang aduan atau bukti berhubung perkara itu, bagaimanapun meminta pihak berkuasa Malaysia sekiranya ada menerima laporan perlu segera memaklumkan kepada pihaknya untuk tindakan lanjut.

"Setiap sijil yang dikeluarkan dari sini selain ditandatangani ia perlu dicop khas dan ia dibuat secara manual, dikeluarkan dalam dua tulisan iaitu jawi dan rumi.


"Ini bagi memudahkan urusan kita selain mengelak penipuan," katanya yang tidak dapat mendedahkan secara terperinci statistik pasangan membabitkan warga Malaysia bernikah di situ.

Beliau menasihatkan wanita yang ingin berkahwin menggunakan perkhidmatan majlis itu supaya mengetahui kedudukan sebenar supaya tidak tertipu pasangan mereka.

"Kita sentiasa menjalinkan kerjasama dengan kerajaan Malaysia khususnya Majlis Agama Islam Kelantan dalam memastikan perkara berkaitan dengan perkahwinan membabitkan pasangan dari Malaysia dapat diatasi sebaik mungkin," katanya.

Sementara itu, Abdul Razak berkata, wilayah itu mempunyai penduduk Islam lebih 600,000 orang serta mempunyai 632 Masjid.

"Majlis Agama Islam di sini berjaya menyelesaikan lima kes sehari dan kebanyakan 80 kes membabitkan masalah nikah kahwin, pembahagian harta pusaka dan sebagainya berjaya diselesaikan di sini," katanya menambah Majlis Agama Islam Narathiwat mempunyai 33 AJK dan 14 pegawai.
Unknown , Khamis, September 15, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog