2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Kekwa paling Popular selepas Mawar

Chrysanthemum atau pun lebih dikenali sebagai bunga kekwa merupakan bunga yang paling terkenal di dunia selepas mawar. Bunga yang berasal dari Asia dan Eropah timur laut ini ialah satu genus yang terdiri daripada kira-kira 30 spesies tumbuhan berbunga saka di bawah family Asteraceae. Bunganya yang mekar dan menonjol dalam pelbagai bentuk dan boleh dilihat seperti bunga daisy, bersifat perhiasan, pom-pom dan butang. Ia wujud dalam pelbagai bentuk, ukuran dan warna.
Selain warna kuning, ia juga terdapat dalam warna putih, ungu, dan merah. Daunnya berbentuk bujur dan meruncing dengan urat tengahnya amat jelas kelihatan. Kelopak bunga tersusun secara terputus-putus antara 10 hingga 15 kelopak dan boleh gugur satu persatu secara berasingan.
Uniknya kekwa ini, di sekeliling stigmanya mengeluarkan bunga-bunga kecil berwarna kuning menjadikan penampilannya sangat menarik dan bersifat eksotik membuatkan ia sangat sesuai dijadikan sebagai tanaman hiasan di taman dan juga sebagai hiasan di dalam rumah sebagai bunga keratan segar.

Selain daripada hiasan, kekwa juga terkenal sebagai herba dalam perubatan tradisional. Lazimnya bunga ini dimasak dengan air bagi menghasilkan minuman yang digelar teh bunga kekwa atau lebih popular teh Chrysanthemum.
Hanya bunga kekwa daripada spesies Chrysanthemum coronarium sahaja yang boleh dimakan.
Kekwa daripada spesies ini mengeluarkan bunga berwarna kuning dan sesuai untuk dibuat teh dengan merendamkannya di dalam air panas sehingga 10 minit sebelum diminum.
Bunga kekwa yang dibuat teh dikatakan dapat menyejukkan badan dan amat sesuai digunakan untuk mengubati beberapa jenis penyakit termasuk untuk memulihkan dari demam selsema dan meredakan pening kepala serta untuk mencerahkan mata.

Pendek kata, teh bunga kekwa bukan sekadar sebagai pelepas dahaga tetapi juga sangat berkhasiat untuk tubuh badan. Seribu pengertian dapat di ungkapkan daripada bunganya dan kerana itu ia sangat popular di kalangan penggemarnya.
Bunga ini sering menjadi lambang kesetiaan, optimisma, kegembiraan dan panjang umur. Hanya dengan sekuntum kekwa merah sahaja dapat menyampai perasaan cinta anda kepada orang yang dicintai. Bagi melambangkan kebenaran dan kasih setia yang tiada penghujungnya sekuntum kekwa putih mampu menyampaikan maksud tersebut.
Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Kekwa
  1. Perkataan Chrysanthemum berasal daripada bahasa Greek iaitu 'Chrys' bererti emas (warna bunga-bunga asli), dan 'anthemon' yang bermaksud bunga yang dinamakan oleh Carolus Linnaeus
  2. Ditanam di China sebagai pokok herba sejak abad ke-15 SM lagi.
  3. Bunga kekwa diperkenalkan ke Jepun pada abad ke-8, dan maharaja Jepun mengiktirafkan bunga ini sebagai mohornya.
  4. Kekwa digunakan sebagai lambang untuk bunga November.
  5. Di Eropah dan Jepun, kekwa melambangkan kematian dan hanya digunakan untuk upacara pengebumian atau kubur.
  6. Beberapa spesies Chrysanthemum coronarium telah ditanam secara komersial di Asia Timur sebagai sayur-sayuran dan yang dikenali sebagai tung ho (bahasa Cina) atau shungiku (bahasa Jepun).
  7. Di China, daun-daun kekwa akan dimasak dengan bawang putih dan cili kering. Sayur yang telah dimasak mempunyai warna yang tua, tekstur padat, bau yang harum dan kompleks.
  8. Spesies Chrysanthemum juga menjadi makanan kepada larva daripada beberapa spesies Lepidoptera.
  9. Di Jepun terdapat perayaan yang dinamakan 'Perayaan Kebahagian' yang diadakan untuk meraikan bunga ini.
  10. Bunga ini mempunyai banyak spesies dan beribu-ribu kultivar diperkembangkan untuk tujuan hortikultur.
Unknown , Khamis, September 15, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog