/

BARAH PROSTAT ANCAM LELAKI, LINDUNGI SI DIA SEBELUM TERLEWAT

Hidup wanita pasti tidak akan lengkap tanpa lelaki. Biar apa sahaja gelarannya – datuk, bapa, suami, abang, adik atau anak, merekalah yang menjadikan dunia kita lebih indah dan berseri. Sebagai tanda sayang, berilah perhatian pada kesihatan mereka, kerana lelaki ini lumrahnya alpa serta jarang menyedari perubahan yang dialami diri sendiri. Antaranya berkenaan penyakit sulit yang berisiko maut, iaitu barah prostat yang kini mendaki tangga keempat paling kerap dijangkiti golongan lelaki.
Di Malaysia, barah prostat mewakili 7.4% daripada kes-kes barah di kalangan lelaki. Lazimnya, ia mengambil jangka masa yang lama untuk merebak. Itulah sebabnya ia kerap digelar penyakit orang tua kerana lazimnya dialami warga emas berusia 50 tahun ke atas. Ia juga mempunyai kaitan genetik yang rapat dan boleh mengancam risiko dua kali ganda jika pernah dihidapi oleh ahli keluarga terdekat.
Prostat ialah sejenis kelenjar pembiakan lelaki yang menghasilkan air mani. Akibat beberapa sebab seperti jangkitan bakteria, virus atau protozoa, sel barah akan merebak dari dalam kelenjar menuju ke lapisan lemak prostat, seterusnya ke pundi kencing, saliran kelenjar seminal dan kelenjar limfa berdekatan. Tahap paling serius apabila 90% daripada jumlah sel kanser ini telah merebak ke tulang.
SIMPTOM
  1. Kerap kencing dan arus kencing yang perlahan, selalunya pada waktu malam.
  2. Kencing tidak lawas.
  3. Kewujudan darah atau sperma dalam air kencing.
  4. Jika terasa sakit-sakit tulang, pinggul atau tulang belakang, kemungkinan kanser sudah merebak jauh.
DIAGNOSA
  1. Saringan ujian darah PSA (prostate specific antigen)
  2. Pemeriksaan rektum oleh pakar.
  3. Menggunakan kaedah imbasan melalui dubur serta cebisan biopsi untuk mengenal pasti kedudukan dan  saiz tumor.
Barah prostat, bahkan apa sahaja barah sekali pun jarang menunjukkan sebarang tanda-tanda yang ketara sehinggalah ia sudah melarat. Justeru,sebagai golongan wanita yang prihatin dan penyayang, berikan galakan kepada lelaki-lelaki tercinta anda agar segera melakukan pemeriksaan bagi mengenalpasti status kesihatan diri mereka. Lumrah hidup saling mengambil berat bukan sahaja mengeratkan silaturrahim, malahan menjamin kasih sayang berpanjangan sehingga ke hujung usia...
Muhammad Ttuyup , Rabu, September 14, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog