2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Tidak sampai 20 peratus terima bantuan



Recep Tayyip Erdogan (dua dari kiri) dan isteri, Emine (kanan) mendukung kanak-kanak Somalia semasa mereka melawat kem pelarian Somalia di selatan Mogadishu, kelmarin.


LONDON 21 Ogos - Tidak sampai 20 peratus daripada 2.8 juta penduduk Somalia yang kelaparan di selatan negara itu menerima bantuan yang diperlukan kerana bantuan tidak dapat disalurkan disebabkan konflik berterusan.

Bantuan juga tidak dapat disalurkan secara besar-besaran berikutan tindakan kumpulan militia al-Shabab mengharamkan kemasukan bantuan ke kawasan tersebut.

Mangsa yang bernasib baik mendapat bantuan di kem-kem pelarian di Mogadishu atau di negara-negara jiran, Kenya, Habsyah atau Djibouti, tetapi bagi majoriti penduduk, mereka tidak mendapat bantuan yang diperlukan.

Ramai dipaksa menetap di Somalia oleh militia al-Shabab yang percaya adalah lebih baik mati daripada menerima makanan daripada orang kafir.

Sungguhpun al-Shabab sudah berundur dari Mogadishu, yang kini dikuasai kerajaan sementara yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan 9,000 askar Kesatuan Afrika (AU), kumpulan militia tersebut masih menguasai kawasan di luar ibu negara itu.

Konflik berterusan serta kemarau terburuk di Somalia dalam tempoh puluhan tahun membawa 3.7 juta penduduk negara itu ke ambang kebuluran.

Lebih 30,000 kanak-kanak sudah meninggal dunia dan sebanyak 500,000 lagi akan mati kebuluran tanpa bantuan segera.

Semua sekali, hampir 13 juta penduduk kini diancam kebuluran di kawasan berkenaan.

Pertubuhan seperti Oxfam yang tidak dapat beroperasi di luar Mogadishu membantu melatih dan membiayai pertubuhan tempatan yang boleh masuk ke kawasan yang dikuasai oleh al-Shabab.

Turki minggu lepas cuba mendapatkan bantuan negara-negara Islam dengan menganjurkan persidangan penderma yang dihadiri oleh delegasi daripada 57 negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Bantuan daripada negara Islam dijangka tidak menghadapi halangan daripada al-Shabab dan kelmarin, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan menjadi pemimpin bukan Afrika pertama melawat Mogadishu dalam tempoh 20 tahun. - Agensi

Jika tidak ada hujan, Somalia jadi negara menakutkan
Temubual bersama Diplomat Somalia

SOMALIA kini dilanda krisis kebuluran selepas negara itu berhadapan dengan kemarau terburuk dalam tempoh 60 tahun dan ditambah lagi dengan perang saudara di negara itu, yang memburukkan lagi keadaan.

Seramai 3.7 juta rakyat negara itu kini berada dalam kebuluran dan 2.8 juta lagi berisiko akan mati jika tidak memperolehi bekalan makanan secepat mungkin.

Wartawan Luar Negara Utusan Malaysia, Muhammad Zulkifli Sainuddin dan Sheila Rani Chandrasekaran berpeluang menemu bual Penasihat Kanan kepada Presiden Somalia, Dr. Abdul Kareem Jama bagi mengetahui perkembangan terkini di negara itu.


UTUSAN: Bolehkah tuan ulas mengenai perkembangan terkini di Somalia?


DR. ABDUL KAREEM: Kami kini menghadapi situasi paling sukar dengan angka kebuluran mencecah 3.7 juta orang, tidak termasuk rakyat Somalia yang berada di luar negara. Sudah tiga tahun negara kami tidak menerima hujan dan keadaan ini menyebabkan sumber air kering kontang dan haiwan peliharaan mati, tanaman musnah dan akhirnya mencetuskan krisis kebuluran. Paling teruk terjejas adalah kanak-kanak yang mengalami kekurangan makanan berzat serta golongan wanita.


Bagaimana dengan bantuan yang diterima ketika ini?


Kami ada menerima bantuan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), negara-negara Islam lain seperti Qatar, Kuwait dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO). 


Bantuan itu bagaimanapun masih tidak mencukupi. Malah bantuan daripada PBB agak lambat diterima kerana perlu menjalani banyak proses penilaian. Kami juga terpaksa mengukur pergelangan tangan kanak-kanak yang kebuluran untuk memastikan mereka yang paling teruk sahaja dibantu ekoran kekurangan bekalan.


Selain itu, kami juga berhadapan masalah untuk menyalurkan bekalan ke kawasan yang dikuasai militan al-Shabab, terutamanya di bahagian selatan Somalia. Oleh itu kami minta supaya bekalan bantuan ini dapat disegerakan.
Apakah jenis bantuan yang amat diperlukan ketika ini?
Kami kini amat memerlukan bantuan makanan, air bersih, khemah, ubat-ubatan dan pakar perubatan dengan segera untuk mengelak lebih ramai lagi mati akibat kebuluran.
Di samping itu, kami juga mahu masyarakat dunia tampil memberi kami sokongan moral.


Apakah punca tercetusnya krisis kebuluran ini, adakah disebabkan kemarau semata-mata ataupun akibat perang saudara?


Punca sebenar krisis kebuluran ini tercetus adalah disebabkan kemarau panjang. Negara kami sebenarnya kaya dengan sumber asli dan memiliki kawasan pertanian, penternakan yang luas dan kawasan pantai yang panjang, tetapi kemarau kali ini telah memusnahkan semuanya. Krisis politik yang berlaku bukanlah penyebab utama kepada krisis kebuluran ini, tetapi ia memburukkan lagi keadaan. Krisis politik dan perang saudara di Somalia telah berlaku sejak 20 tahun lalu, tetapi sebelum ini kami belum pernah berhadapan krisis kebuluran seteruk ini.


Adakah krisis kebuluran ini akan berterusan dan menjadi lebih buruk?


Hujan dijangka turun pada Oktober ini dan kami harap krisis ini akan berakhir menjelang akhir tahun ini. Meskipun begitu, proses pemulihan akan mengambil masa yang panjang. Namun jika hujan masih tidak turun sehingga tahun depan, maknanya Somalia akan menjadi sebuah negara yang 'menakutkan'.


Setakat ini, bagaimana dengan reaksi Malaysia terhadap krisis kebuluran ini?


Saya amat berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana prihatin dengan nasib kami, meskipun kedudukan geografi yang jauh dan berlainan bangsa. Mengetahui ada orang yang mengambil berat terhadap nasib kami membuatkan kami lebih bersemangat untuk terus hidup. Yayasan Wanita Islam (Yati) dengan kerjasam Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Pemuda Masjid) contohnya telah menubuhkan Tabung Kebuluran Somalia (TKS) untuk membantu kami. Banyak lagi NGO Malaysia turut tampil menyalurkan bantuan, termasuklah Utusan.
Unknown , Selasa, Ogos 23, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog