SANJAY Singh anggap wang yang diterima selepas menjual tanah kepada penaja F1 menjejaskan kehidupannya.
Hidup penduduk jual tanah kepada penganjur F1 India porak peranda
DANKAUR-SARLARPUR (India) : Wang yang banyak tidak semestinya membawa kehidupan yang lebih baik sebaliknya menjadi lebih buruk.
Itulah yang dialami beratus-ratus petani yang menjual tanah mereka bagi memberi laluan untuk membina litar perlumbaan sirkit Formula Satu (F1) India di sini.
Seorang petani berkenaan, Sanjay Singh menyifatkan kehidupannya memang sukar tetapi mudah tidak lama dulu bagi keluarganya seramai enam orang.
Mereka sangat rapat hasil daripada bercucuk tanam di sebidang tanah kecil yang ditanam timun, sayur dan tanaman lain. Kini, keadaan itu sudah lenyap.
Pembinaan litar baru di luar New Delhi di sini bernilai AS$350 juta (RM1.03 bilion), dijadualkan menyaksikan pelancaran Grand Prix India yang pertama pada 30 Oktober depan tetapi ia juga mengubah hidup mereka menjadi tunggang langgang.
"Kami menjual tanah kepada penganjur perlumbaan," kata Singh ketika memantau pembinaan rumah dua tingkatnya di kampung Dankaur-Sarlarpur yang bertentangan litar itu.
"Kami dapat wang sebagai tukaran tetapi ia hanya membawa masalah," kata lelaki berusia 49 tahun tanpa mendedahkan jumlah pampasan yang dipercayai lima juta rupee (RM331,550), kata pegawai.
"Kami bina rumah baru dan kini mempunyai kereta tetapi kami tidak gembira kerana sumber pendapatan hidup menerusi bercucuk tanam sudah dirampas," tambahnya.
Di sekitar penempatan yang berdebu dihuni 500 keluarga, terletak 80 kilometer dari ibu negara, ada pembinaan berjalan menandakan penduduk yang ada wang membaiki rumah yang hampir roboh. - AFP
Selasa, Ogos 02, 2011
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Petani akui duit bawa masalah silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "