2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Jangan bazir ketika berbuka

Warga UAE kesal bertan-tan makanan dibuang setiap hari pada Ramadan

DUBAI
: Seorang wanita Belgium yang menetap di Dubai melancarkan satu kempen bertujuan menghapuskan masalah pembaziran makanan sepanjang Ramadan tahun ini.
Els Huybrechts berkata, "Bertan-tan makanan dibuang setiap hari selepas berbuka puasa, sesuatu yang bercanggah dengan matlamat bulan suci itu".
Sehubungan itu, beliau memulakan sebuah kumpulan digelar 'Make Iftar Modest' (Bersederhana ketika Berbuka) bertujuan menggesa penduduk dan pengusaha restoran menghentikan pembaziran makanan.

"Orang ramai, firma dan pertubuhan akan dapat menyertai kumpulan itu dalam Facebook yang akan diwujudkan selepas ini," katanya.

Huybrecths, 36, juga bercadang untuk meyakinkan pengusaha hotel dan restoran supaya mengurangkan saiz majlis berbuka puasa.

"Selepas berbuka puasa, majlis iftar itu meninggalkan banyak lebihan makanan dan semua itu terpaksa dibuang.

"Perkara ini memalukan sedangkan Ramadan sebenarnya adalah supaya kita mengamalkan kesederhanaan dan menambah kebajikan. Selain itu, wujud sikap untuk menunjuk-nunjuk di kalangan pengendali hotel empat atau lima bintang apabila mereka bersaing untuk menarik pelanggan.

"Tetapi, semua orang tahu anda tidak boleh makan dengan begitu banyak dan anda akan rasa kenyang dengan cepat. Kita semua bersetuju bahawa ini (pembaziran) berlaku, tetapi tiada sesiapa melakukan apa-apa mengenainya. Saya benar-benar sedih mengenai perkara ini."

Huybrechts bukan Muslim tetapi beliau tetap mengikuti amalan penduduk Islam untuk berpuasa pada Ramadan.

Beliau menjadi seorang penduduk Emiriah Arab Bersatu sejak tiga tahun lalu dan mempunyai latar belakang pemasaran.

"Saya ingin pergi jauh dengan kempen 'Bersederhana ketika Berbuka tetapi tidak mempunyai bajet untuk melaksanakannya. Saya perlu cari penaja," katanya lagi. – Agensi
Unknown , Sabtu, Ogos 13, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog