PUTRAJAYA, 29 Julai - Malaysia kini mempunyai 28.3  juta penduduk dengan bilangan lelaki melebihi wanita, demikian menurut laporan  Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.
Penduduk  lelaki kini adalah 14.56 juta orang dan wanita 13.77 juta orang, kata Menteri di  Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop  ketika mengumumkan laporan itu, yang turut dihadiri Ketua Perangkawan  Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof.
Nor Mohamed  berkata purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan pula ialah sebanyak 2 peratus  untuk tempoh 2000 hingga 2010, menurun berbanding 2.6 peratus bagi tempoh 1991  hingga 2000.
"Tidak seperti laporan terdahulu di mana ia telah  memuatkan data awalan banci, laporan kali ini memuatkan data muktamad yang telah  mengambil kira ralat liputan dan ralat kandungan yang diperoleh daripada  Penyiasatan Penilian Liputan Banci," katanya.
Banci 2010 adalah yang  kelima dijalankan untuk menghasilkan data yang berguna untuk perancangan dan  pelaksanaan dasar pembangunan negara. Banci sebelum ini telah dijalankan pada  1970, 1980, 1991 dan 2000.
Nor Mohamed berkata Selangor mempunyai taburan  penduduk tertinggi di Malaysia dengan 5.46 juta diikuti Johor (3.35 juta) dan  Sabah (3.21 juta) manakala negeri yang mempunyai penduduk paling sedikit ialah  Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu 72,413 orang dan Wilayah Persekutuan Labuan  (86,908).
Beliau berkata negeri yang mempunyai kepadatan penduduk paling  tinggi pula ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu 6,891 orang diikuti  Pulau Pinang (1,490) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (1,478).
Katanya  seiring dengan perkembangan pembangunan negara, perkadaran penduduk bandar  meningkat kepada 71 peratus pada 2010 berbanding 62 peratus pada  2000.
Beliau berkata selain daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan  Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan paras urbanisasi 100 peratus, negeri lain  yang mencatatkan paras urbanisasi yang tinggi ialah Selangor dan Pulau Pinang,  masing-masing 91.4 dan 90.8 peratus.
Negeri yang mencatatkan paras  urbanisasi yang rendah pula ialah Kelantan sebanyak 42.4 peratus, Pahang (50.5  peratus) dan Perlis (51.4), katanya.
Nor Mohamed berkata daripada 28.3  juta penduduk Malaysia yang terdiri daripada 91.8 peratus warganegara dan 8.2  peratus bukan warganegara, kumpulan etnik yang terbesar ialah bumiputera iaitu  67.4 peratus, Cina (24.6), India (7.3) dan lain-lain (0.7).
Di kalangan  warganegara Malaysia, katanya, Melayu merupakan etnik utama di Semenanjung  Malaysia iaitu 63.1 peratus manakala Iban mencatatkan 30.3 peratus daripada  jumlah keseluruhan rakyat di Sarawak sementara Kadazan/Dusun merekodkan 24.5  peratus di Sabah. - Bernama
Blog GadgetsTerima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .


0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "