/

Jururawat, Pekerja Mengemas Bilik Hotel Berisiko Terkena Penyakit Otot, Tulang

PUTRAJAYA, 26 Julai - Jururawat dan pekerja mengemas bilik hotel adalah antara golongan yang berisiko terdedah kepada penyakit berkaitan otot dan tulang yang perlu diberi perhatian, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan.

Beliau berkata ia berlaku kerana mereka sering mengangkat barang berat semasa bekerja dan berkemungkinan kesan kepada otot dan tulang itu akan berlaku antara lima hingga 15 tahun akan datang.

"Jururawat yang bekerja di hospital selalu mengangkat barang berat iaitu mengangkat orang dari katil ke katil, dari pengusungan sementara pekerja hotel pula, mereka bekerja mengemas bilik hotel terpaksa membongkok apabila mahu menyiapkan katil, lambat laun terdedah kepada risiko penyakit otot," katanya semasa menutup Seminar Meningkatkan Kesedaran Keselamatan di Tempat Kerja di sini Selasa.

Selain itu menurutnya pekerja sektor industri atau tapak pembinaan pula terdedah kepada bahan kimia, habuk dan debu sehingga boleh mengakibatkan kanser, menjejaskan saluran pernafasan, penyakit yang menyerang organ dalaman seperti jantung, paru-paru dan buah pinggang.

Pekerja sektor ini juga berisiko diserang penyakit kulit akibat sistem pengudaraan tidak baik, kata beliau.

Sehubungan itu Maznah berkata majikan dan pekerja perlu berganding bahu mengurus keselamatan dan kesihatan di tempat kerja supaya dapat mengurangkan risiko menghidap pelbagai penyakit akibat persekitaran kerja yang tidak sihat.

"Majikan juga mesti sediakan alat-alat (untuk melindungi keselamatan pekerja). Pekerja mesti tahu mereka bertanggung jawab untuk guna alat-alat ini dan kadang-kadang pekerja nak guna alat keselamatan, majikan tak mahu sediakan.

Beliau berkata majikan kadang-kadang telah menyediakan alat keselamatan itu tetapi pekerja pula tidak mahu menggunakannya kerana berat atau susah hendak pakai.

"Kita perlu membudayakan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja," katanya.

Maznah berkata pada tahun lepas, sebanyak 1,221 kes penyakit yang berpunca dari tempat kerja telah dilaporkan, berbanding 949 kes pada 2009.

Katanya penyakit yang dihadapi berpunca dari tempat kerja, kemalangan yang berlaku di tempat kerja atau ketika berulang alik ke tempat kerja akan memberikan kesan buruk kepada pekerja itu sendiri, majikan, keluarga serta masyarakat. - Bernama

Muhammad Ttuyup , Khamis, Julai 28, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog