/

Bayaran letak kereta di Melbourne dan Sydney antara termahal di dunia

SYDNEY : Sydney dan Melbourne adalah antara bandar yang mempunyai kadar meletak kereta paling mahal di dunia, demikian menurut hasil satu kajian yang dikeluarkan semalam, sedang kedua-dua bandar Australia itu menggalak penduduknya supaya meninggalkan kereta masing-masing di rumah.

Tinjauan Kadar Meletak Kereta Antarabangsa Colliers mendapati bandar Oslo, di Norway, adalah lokasi paling mahal bagi meletak kereta dengan kadar bayaran setinggi AS$89.04 ($107.60) sehari.

Ini diikuti bandar Copenhagen, Denmark, dengan kadar bayaran meletak kereta sebanyak AS$73.11 sehari, kemudian Melbourne dengan bayaran AS$69.53 sehari dan Sydney pada kadar AS$67.42 sehari.

Ibu kota Indonesia, Jakarta, mempunyai kadar bayaran meletak kereta paling murah dalam senarai 156 bandar di seluruh dunia, dengan bayaran sebanyak AS$0.92 sehari.

Pengarah Negara Colliers, Nerida Conisbee, berkata cukai majlis perbandaran dan pemerintah telah menaikkan kos di kebanyakan kawasan pusat bandar (CBD) di beberapa bandar di Australia.

'Di CBD Sydney dan Melbourne, pihak majlis perbandaran secara aktif mencegah orang ramai daripada memandu ke bandar,' kata beliau, sambil menambah bahawa nilai dolar Australia yang kukuh turut meningkatkan kos relatif meletak kereta.

Awal bulan ini, tinjauan kos kehidupan Unit Risikan majalah The Economist Intelligence, yang dijalankan setiap dua tahun sekali, menunjukkan Sydney dan Melbourne kini adalah bandar keenam dan ketujuh paling mahal di dunia.

Ia mengaitkan punca kenaikan kos kehidupan itu dengan nilai mata wang dolar Australia yang semakin kukuh. - AFP.

Unknown , Khamis, Julai 28, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog