/

Australia kenakan cukai karbon dioksida mulai Julai tahun depan

SYDNEY : Australia akan memaksa 500 syarikat membayar A$23 ($30.2) bagi setiap tan metrik karbon dioksida yang dilepaskan ke udara mulai tahun depan.

Perdana Menteri Australia, Julia Gillard, berkata langkah itu penting bagi membantu negara itu mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau.

Australia merupakan salah sebuah negara pencemar udara paling buruk di dunia, ekoran daripada penggantungannya pada arang batu bagi menjana elektrik.

'Kita menyebabkan pencemaran karbon lebih banyak bagi setiap penduduk berbanding dengan mana-mana negara membangun lain,' kata Gillard ketika mengumumkan butiran cukai karbon yang berkuatkuasa 1 Julai tahun depan.

Bagaiamanapun, beliau memberi jaminan cukai karbon yang tidak popular itu hanya akan menyebabkan segelintir kediaman membayar bil elektrik yang lebih tinggi.

Kerajaan Australia berharap perniagaan yang terjejas dengan cukai itu akan menukar kepada sumber tenaga yang lebih bersih bagi mengurangkan bil mereka.

Pada masa yang sama, kerajaan berjanji akan memberi pampasan kepada penduduk yang perlu membayar bil elektrik lebih tinggi.

Cukai karbon itu bertujuan memenuhi ikrar Australia hendak mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau sebanyak 5 peratus menjelang 2020.

Pada tempoh itu, pencemaran karbon di Australia dijangka berkurangan sebanyak 160 juta tan metrik - atau bersamaan dengan langkah menarik balik 45 juta kereta yang melepaskan karbon ke udara, kata Gillard.

Pengkritik cukai itu berkata penduduk akan menanggung kos lebih tinggi menyusuli tindakan syarikat pencemar utama menyalurkan kos tambahan kepada para pengguna.

Bagi membantu golongan itu, Gillard berkata sembilan daripada 10 kediaman akan menerima bantuan dalam bentuk pemotongan cukai dan habuan.

Di bawah pelan itu, secara purata, setiap kediaman akan menanggung peningkatan kos sebanyak A$9.90 setiap minggu.

Namun, secara purata, setiap kediaman yang terjejas akan menerima bantuan kerajaan sebanyak A$10.10 seminggu. - AP, AFP.

Mohd. Adam B. Firdaus , Rabu, Julai 13, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Mohd. Adam B. Firdaus

Berkerjasama dengan Adam Merah (end 2009)

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog