/

Syarikat boleh guna nama sendiri pada alamat laman web

SINGAPURA 20 Jun - Penyelaras Internet global hari ini meluluskan penggunaan alamat laman web yang berakhir dengan nama syarikat iaitu penggantian kepada .com dengan nama khusus yang diinginkan oleh perniagaan.

Syarikat Internet Pemberi Hak Nama dan Nombor (ICANN) meluluskan cadangan radikal itu pada satu pertemuan di sini walaupun timbul kebimbangan akan wujud kekeliruan ekoran penggunaan alamat akhiran baru laman web berkenaan.

Lembaga ICANN meluluskan perkara itu dengan undian 13-1 manakala dua undi berkecuali.

''Ia merupakan pertukaran besar kepada nama domain sejak penciptaan .com 26 tahun lalu,'' kata Ketua Eksekutif IT Digital Brand Services yang menawarkan nasihat jenama di talian, Theo Hnarakis.

Di bawah perubahan tersebut, ahli perniagaan tidak akan lagi dihadkan untuk mengikuti senarai generik domain peringkat tinggi seperti .com, .net dan .org apabila mereka memohon untuk mendaftar alamat laman web mereka.

Pemerhati industri menyatakan syarikat gergasi global seperti Apple, Toyota dan BMW mungkin menjadi pendahulu melancarkan laman web menggunakan nama domain mereka sendiri yang berakhir dengan .apple, .toyota dan .bmw.

Hnarakis berkata, syarikat yang akan mendapat faedah adalah mereka yang berjenama tinggi dan memiliki pendekatan pemasaran jelas dan strategi pelanggan bagi mengeksploitasikan nama untuk bersaing dalam pasaran.

''Mereka perlu bertindak sekarang jika mahu memohon untuk mendapatkan nama domain berkenaan kerana pendaftarannya tidak semudah seperti pendaftaran alamat .com. Ia satu tugas kompleks yang memerlukan perancangan dan pelaburan,'' tambahnya.

Seorang daripada anggota Lembaga ICANN, Sebastien Bachollet berkata, beberapa orang merasakan nama baru domain itu akan menimbulkan kekeliruan.

''Saya yakin kami mempunyai peralatan dan kemampuan untuk memastikan fasa baru yang akan menimbulkan tekanan ini tidak berlanjutan lama,'' katanya. - AFP

Adam Merah , Rabu, Jun 22, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Adam Merah

CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog