KUALA LUMPUR - Orang ramai berpeluang menyaksikan  fenomena gerhana bulan sepenuhnya antara pukul 1.25 pagi sehingga 6.59 pagi pada  Khamis ini (16 Jun).
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan  Islam Malaysia (Jakim) Othman Mustapha berkata  sehubungan itu semua masjid dan surau disaran mengadakan solat sunat khusuf  berserta khutbah gerhana.
"Ibadah sunat ini seharusnya dapat  ditunaikan sebaik mungkin kerana fenomena ini jarang-jarang berlaku,"  katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.
Othman berkata  masjid-masjid utama seperti Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Masjid  Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra di Putrajaya akan menganjurkan solat  sunat khusuf pada pukul 3 pagi.
Selain itu, aktiviti cerapan akan  diadakan di Masjid Putra, Putrajaya dengan kerjasama agensi luar iaitu Jabatan  Ukur dan Pemetaan Malaysia dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM). - Bernama
+
Solat sunat gerhana bulan  penuh
PUTRAJAYA: Umat Islam disunatkan untuk menunaikan solat sunat khusuf iaitu solat sunat gerhana bulan secara berjemaah bersama khutbah gerhana sempena gerhana bulan penuh yang dijangka berlaku esok (Khamis).
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha, berkata galakan mengerjakan ibadat itu berdasarkan satu hadis diriwayatkan Imam Muslim yang antara lain menegaskan supaya mendirikan solat dan berdoa apabila melihat gerhana.
"Jakim menyeru semua masjid dan surau mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dengan mengadakan solat sunat khusuf serta khutbah gerhana.
"Ibadat sunat ini seharusnya ditunaikan dengan sebaik mungkin, apatah lagi fenomena gerhana ini jarang berlaku," katanya melalui satu kenyataan, di sini, semalam.
Cawangan Falak, Jakim menjangkakan fenomena gerhana itu akan bermula pada jam 1.25 pagi Khamis dan mencapai tahap kemuncak pada jam 4.12 pagi, sebelum berakhir pada jam 6.59 pagi.
Othman berkata, pihak Jakim melalui Cawangan Falak dan masjid utama membabitkan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra, Putrajaya akan menganjurkan solat sunat khusuf pada jam 3 pagi.
Menurutnya, Masjid Putra dipilih sebagai lokasi utama majlis solat sunat berkenaan, termasuk mengadakan aktiviti cerapan.
 Blog Gadgets
Blog GadgetsTerima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .












 
 
 
 
 
 
 
 
 
indah bnget gerhananya..jarang-jarang liat gerhana bulan
BalasPadam