




Menara Jam DiRaja Mekah (Abraj Al Bait) ini di Kota Mekah adalah pelengkap kepada 10 jam terbesar didunia sehingga menyempurnakan maksud hadis " Akan terbina mercu tanda yang lebih tinggi daripada Kaabah sebelum berlakunya Qiamat " lihatlah bagaimana pentadbiran Allah SWT dalam menyempurnakan maksud hadis Rasulullah SAW
Apabila melihat pembangunan yang sangat hebat di sekitar Mekah, saya terfikir: apa agaknya kata Nabi Ibrahim melihat pembangunan sehebat itu. Ketika Allah memerintahkan Nabi Ibrahim meletakkan Ismail dan Hajar di lembah yang tiada tumbuh-tumbuhan, tanam-tanaman dan binaan, juga ketika Allah memerintahkan Baginda berdua membina Kaabah dan menyeru manusia mengerjakan haji, Nabi Ibrahim taat sahaja walaupun di fikiran mungkin tertanya-tanya siapakah yang mendengar seruannya dan apakah yang bakal berlaku di Mekah ribuan tahun kemudian.
Saya juga teringat dengan jawapan Nabi Muhammad SAW kepada Jibril yang berupa sebagai lelaki segak dalam hadis Islam, Iman, Ihsan ketika Jibril bertanya Nabi tentang Kiamat. Lantas Nabi hanya menyebutkan tanda-tanda Kiamat kerana hanya Allah Yang Maha Mengetahui bila berlakunya Kiamat. Yang menarik dari pelbagai tanda Kiamat itu-kecil dan besarnya, Nabi Muhammad SAW menyebut: '..apabila engkau melihat orang yang tidak berkasut, tidak berpakaian, miskin, pengembala kambing berbangga-banga menegak dan meninggikan bangunan.'
SubhanAllah! Nabi sebut satu tanda Kiamat dalam keadaan Mekah masih terlalu daif dan naif fizikalnya. Itulah mukjizat. Itulah tanda Kiamat. Dan itulah yang bakal kita lihat.
Info :
Menara Abraj Al-Bait atau lebih dikenali sebagai "Menara Jam Diraja Mekah" adalah sebuah kompleks yang dibinaan di Kota Mekah, Arab Saudi. Pembinaan menara ini dijalankan oleh syarikat pembinaan tersohor Arab Saudi iaitu, Saudi Bin Ladin Group. Jika pembinaan menara ini siap mengikut jadual, ianya akan menjadi salah sebuah menara yang tertinggi di Arab Saudi dan juga merupakan sebuah bangunan hotel yang terbesar dan tertinggi di dunia berdasarkan fakta berikut:
1. Ruang legar yang besar berukuran 1,500,000 m2 (16,150,000 kaki persegi) bersamaan dengan keluasan Terminal 3 di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai di UAE.
2. Ketinggiannya akan melebihi Emirates Park Towers di Dubai yang kini merupakan sebuah hotel tertinggi di dunia. Ianya bakal menempatkan hotel bertaraf 7 bintang.
3. Menempatkan ruang beribadat yang besar bagi menampung seramai 10,000 orang dalam satu-satu masa.
4. Bakal menjadi bangunan ke dua tertinggi di dunia yang masih dalam pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya pada 2011.
5. Menempatkan pusat beli-belah dan garaj parkir yang boleh menampung ribuan kenderaan pada satu-satu masa.
6. Kawasan kediaman mewah di mana, kawasan kediaman yang paling tinggi terletak pada ketinggian 450 meter dan ianya berada di bawah jam tersebut. Jumlah keseluruhan bagi penempatan kawasan kediaman adalah dianggarkan boleh memuatkan 100,000 orang.
7. Menempatkan jam pada setiap sudut menara (43 × 43 m (141 × 141 kaki) menjadikannya sebagai sebuah jam yang paling besar di dunia.
8. Atap menara adalah 530 m(1,740 kaki) dan ianya bakal menjadikan sebuah menara jam yang paling tinggi di dunia.
9. Ketinggian keseluruhan adalah 601 m (1,972 kaki).
Pembinaan menara ini terletak bertentangan dengan Masjidil al Haram yang menempatkan Kaabah yang merupakan salah satu tempat yang paling suci bagi umat Islam. Bagi memulakan projek pembinaan gergasi ini, bangunan bersejarah iaitu Kubu Pertahanan Ajyad di zaman Khalifah Uthmaniyah telah diruntuhkan
Menara yang terletak di kompleks Abraj al-Bait bakal menggunapakai waktu standad Arab Saudi, tiga jam ke hadapan daripada Waktu Rasmi Dunia (Universal Time Standard).
Setiap dari sudut jam ini bakal dipaterikan dengan 2 juta lampu LED berserta dengan tulisan Arab yang cukup besar yang bertulis "Dengan Nama Allah". Selain itu, 21,000 lampu putih dan hijau akan dilengkapkan di sudut atas jam tersebut dan akan terpancar sehingga 19 batu jauh dengan menggambarkan dan memberi isyarat sembahyang lima waktu umat Islam. Selain itu, ianya bakal menjadi satu kemudahan bagi menampung 10 juta orang Islam yang bakal mengerjakan haji pada setiap tahun.
Mengikut percakapan Mohammed al-Arkubi, pengurus di salah satu hotel di kompleks menara tersebut melalui telegraph: '..Menara jam tersebut bakal menggantikan Universal Time Standard yang sudah berusia melebihi 126 tahun yang lebih dikenali sebagai Greenwich Mean Time (GMT) yang menggambarkan sebagai sebuah bekas kolonial oleh sesetengan masyarakat muslim. Ini akan meletakkan Mekah terkehadapan dari GMT.. inilah sasarannya dan saya amat berbangga dengan pembinaan menara ini '
- Salah satu Tanda Kiamat :: Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
" Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim "
2x5 :: Adakah anda tergolong dalam kumpulan yang membanggakan kehebatan ini???
Cik NiNe Che Kadir
,
Sabtu, Mac 26, 2011
|
0
komentar ::
Blog Gadgets
...lagi Artikel yang Berkaitan :
Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah
JOIN TO MEMBER BLOG
atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Author / Penulis
PENULIS
Cik NiNe Che Kadir
Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "