/

Jumlah Pesakit Kronik Buah Pinggang Jalani Rawatan Dialisis Meningkat - Liow

KUALA LUMPUR, 20 Mac - Bilangan pesakit kronik buah pinggang di negara ini yang perlu menjalani rawatan dialisis telah meningkat kepada 146 orang daripada sejuta penduduk pada 2009 berbanding 79 bagi tahun 2000.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata berdasarkan data National Renal Registry, jumlah pesakit yang menerima rawatan dialisis meningkat kepada 21,159 orang pada 2009 berbanding 6,689 bagi tahun 2000, sekaligus memberi tekanan serius terhadap sumber kesihatan negara.

"Sejumlah 58 peratus daripada pesakit ini merupakan penghidap kencing manis manakala lapan peratus lagi mempunyai tekanan darah tinggi.

"Ini mungkin meletakkan Malaysia sebagai negara yang memiliki peratus tertinggi pesakit buah pinggang peringkat akhir dengan kencing manis sebagai penyebab
," katanya dalam ucapan ketika merasmikan Larian Hari Buah Pinggang Sedunia 2011 peringkat nasional di Dataran Merdeka.

Ucapan beliau dibacakan Pengarah Jabatan Pembangunan Perubatan, Datuk Azmi Shafie.

Hadir sama Presiden Yayasan Buah Pinggang Negara, Datuk Dr Zaki Morad Mohd Zaher dan Presiden Malaysia Society of Nephrology, Dr Wong Hin Seng.

Liow juga berkata Kementerian Kesihatan tidak memiliki angka sebenar pesakit buah pinggang yang menghidap kencing manis atau bilangan kes baru berkenaan setiap tahun, namun dianggarkan sebanyak 10 peratus penduduk umum menghidap penyakit buah pinggang di pelbagai tahap.

Sementara itu, Dr Zaki Morad berkata dianggarkan antara lapan hingga 10 peratus pesakit buah pinggang baru di Malaysia membabitkan golongan berusia 60 tahun ke atas.

Beliau berkata golongan itu, terutama mereka yang menghidap penyakit kencing manis, berpotensi berdepan kegagalan fungsi buah pinggang.

"Penyakit kencing manis merupakan punca utama kegagalan buah pinggang. Kalau kita dapat kawal kencing manis, insiden buah pinggang mungkin berkurangan," katanya. - Bernama

Unknown , Selasa, Mac 22, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog