SINGAPURA, 17 Feb - Rantau Asia Tenggara dijangka mengalami cuaca kering semasa musim kemarau yang sering berlaku antara Jun dan September tahun ini.
Ini disebabkan kemungkinan La Nina berlaku untuk meneutralkan keadaan dalam separuh kedua tahun ini, menurut ramalan Asean Specialised Meteorological Centre (ASMC).
Keadaan cuaca ini dilaporkan oleh ASMC kepada menteri-menteri alam sekitar Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand yang mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu peringkat kecil Menteri Rantau ke-11 mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan di sini Khamis.
Malaysia diwakili Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat itu, menteri-menteri berkenaan juga mengambil kira jangkaan cuaca ASMC bagi tempoh yang kadangkala cuaca kering dalam masa dua bulan akan datang di rantau ini.
Negara-negara MSC juga bersetuju untuk terus mengawasi dan berssiap sedia menghadapi berlakunya jerebu rentas sempadan akibat dari kebakaran semasa tempoh cuaca kering yang berpanjangan dalam bulan akan datang.
Kenyataan itu berkata menteri-menteri berkenaan juga melahirkan penghargaan mereka kepada Indonesia kerana meningkatkan usaha baru mereka dalam pelaksanaan Pelan Tindakan (PoA) Menangani Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan.
Antara tindakan yang diambil Indonesia ialah mengukuhkan kapasiti (Masyarakat Peduli Api) mengenai sistem amaran kebakaran pengawaalan awal, peningkatan penyaluran maklumat mengenai tompok panas dan kempen teknik bebas dan mesosialisasikan undang-undang dan peraturan di Sumatra dan Kalimantan, Indonesia.
Indonesia juga memperuntukkan kira-kira US$18.2 juta untuk mengukuhkan Briged Api Manggala Agni di Taman Negara dan unit pemuliharaan sumber asli di seluruh negara.
Menteri-menteri itu juga berjaya melaksanakan kerjasama Indonesia-Malaysia di Provinsi Riau, dan kerjasama Indonesia-Singapura di Provinsi Jambi, dalam pengurusan mengawal jerebu. - Bernama
Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "