2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Ulama Saudi cabar dasar kerajaan

RIYADH: Badan ulama tertinggi Arab Saudi mencabar polisi kerajaan untuk meluaskan peluang pekerjaan kepada wanita dengan mengeluarkan fatwa yang menegaskan golongan itu tidak patut bekerja sebagai juruwang di pasaraya, lapor satu kenyataan, semalam.

Fatwa yang dikeluarkan menegaskan 'wanita tidak diizinkan bekerja di tempat yang bercampur dengan lelaki', lapor laman berita Sabq.org.

"Wanita perlu menjauhi tempat yang menjadi tumpuan lelaki. Mereka harus mencari pekerjaan yang baik supaya tidak menarik perhatian lelaki atau tertarik dengan lelaki," kata kenyataan itu.

Arahan itu dikeluarkan jawatankuasa Ulama dan Ifta, badan rasmi yang bertanggungjawab mengeluarkan fatwa atau peraturan keagamaan di bawah Majlis Ulama Kanan iaitu badan tertinggi yang menangani isu Islam di Saudi. Fatwa itu dikeluarkan sebagai maklum balas terhadap pertanyaan sama ada wanita patut bekerja sebagai juruwang di pasaraya.

Arahan jelas fatwa itu ditanda tangani Ketua Majlis Ulama Kanan, Mufti Besar Sheikh Abdul Aziz dan enam lagi anggota jawatankuasa fatwa.

Fatwa itu dikeluarkan kira-kira empat bulan selepas Kementerian Buruh secara rahsia membenarkan pasaraya di barat Jeddah mengambil pekerja wanita sebagai juruwang dalam usaha membuka peluang pekerjaan lebih luas kepada golongan itu yang terasing mengikut undang-undang ketat Sunnah Wal Jamaah di Saudi.

Syarikat pertama yang mengaplikasikan polisi itu ialah syarikat rangkaian Panda yang mengambil 16 kakitangan wanita untuk bekerja di pasaraya bandaraya Laut Merah sebagai percubaan.

Walaupun keadaan itu menimbulkan rungutan golongan ulama, namun tiada tindakan diambil dan dua lagi rangkaian pasaraya popular iaitu Marhaba dan Centrepoint turut mengambil juruwang wanita.

Dalam usaha mematuhi syariat Islam, syarikat Panda menyediakan kaunter berasingan untuk golongan wanita dan berkeluarga tetapi tidak bagi lelaki bujang sebagaimana restoran di Saudi yang memisahkan ruangan makan untuk lelaki dan wanita serta keluarga. Bagaimanapun, tindakan itu masih tidak dipersetujui golongan ulama walaupun pengunjung di dalam pasaraya tidak dipisahkan. - AFP

Cik NiNe Che Kadir , Rabu, November 03, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Cik NiNe Che Kadir

Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog