2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Tarikan bibir

Bentuk sama ada tebal, nipis gambarkan peribadi

PAKAR perhubungan dari Los Angeles, Caroline Hill pernah menyebut, bibir adalah bahagian paling utama yang menjadi tarikan pada lelaki... selepas payu dara!
 
Mungkin ada benarnya. Ramai rakan lelaki penulis, selalu saja berbual mengenai keseksian bibir wanita selepas payu dara atau punggung. Betapa mereka mengagumi, menginginkan wanita bermulut seksi dan mengaitkan bentuk bibir wanita dengan `kehebatan' seksual.
 
Angelina Jolie. Rata-rata, nama itu yang penulis terima apabila bertanya siapakah pemilik bibir seksi. Nama itu jugalah yang ada dalam kotak fikiran penulis. Bibir tebal, penuh, mungil. Ramai saja wanita yang menginginkan bibir begitu dan tidak kurang lelaki yang mengidamkan wanita berbibir demikian.

Benarkah bibir menggambarkan keperibadian? Benarkah wanita berbibir mungil, manja, mempunyai gaya dan pesona yang mendebarkan lelaki? Adakah si pemilik bibir tebal, mempunyai nafsu yang kuat, sukakan kemesraan dan kehangatan?

Kajian saintifik menunjukkan semakin tinggi paras estrogen pada seseorang wanita, semakin tebal dan penuh bibirnya. Kajian juga menunjukkan estogen membuatkan seseorang wanita itu `gila', bermakna wanita yang berbibir penuh dan tebal, hebat, gila-gila, bebas dan seksi.

Tidak hairanlah jika ada wanita yang sanggup sakit, menyuntik kolagen, melakukan rawatan botox atau implan, mengubah bibir supaya tebal dan mungil bak Angelina Jolie.

Satu ketika dulu, bibir tebal kurang digemari. Si pemilik bibir tebal tidak dikategorikan sebagai seksi sebaliknya diejek kononnya bibir digigit tebuan. Model terkemuka, Amber Chia, yang memiliki bibir mungil dan agak tebal, mengakui dia juga ketika kecil, malu dengan rupa bibirnya. Malah, ceritanya, dia selalu diejek kerana bibir sebegitu. Hari ini, bibir mungil dan tebal itu yang menjadi aset utamanya untuk menawan dunia peragaan.

Suka atau tidak, mengaitkan keperibadian dengan bentuk bibir, bukan sesuatu yang asing dilakukan. Generasi terdahulu umpamanya selalu menilai individu khususnya wanita menerusi setiap bahagian di tubuhnya. Dari bentuk kepala, bulat, bujur atau bersegi; tubuh badan, gempal atau kurus; sehinggalah ke bentuk jari-jemari, segala-galanya mencerminkan keperibadian pada mereka.

Tidak terkecuali bibir. Orang tua-tua dulu kala, kurang gemar dengan wanita yang berbibir nipis kerana katanya, wanita begini mulutnya lancang. Berbicara mengikut hati, terlalu berterus-terang dan tidak memikirkan hati serta perasaan orang lain. Wanita bermulut lebar, kata mereka, bebas dan agak liar.

Pembuat gincu dan pemilik Poppy Industries dari Australia, Poppy King, dilaporkan turut mengungkap keperibadian dengan bentuk bibir.

Penuh perasaan... jika bentuk bibir mirip Jennifer Aniston, katanya. Tegas jika bibir seperti Eva Longoria; seksi jika memiliki bibir seperti Scarlett Johansson; percaya diri jika bibir mirip Charlize Theron dan romantis jika bibir seperti Anne Hathaway.

Ada juga yang mengatakan mereka yang berbibir agak lebar, pandai mengatur wang, sabar dan agak berani.

Bibir agak kecil, suka berterus terang, berhati kecil dan sering beranggapan dirinya tidak bahagia; bibir besar dan terbuka (menganga), suka mementingkan diri sendiri namun sedia berkorban untuk orang yang disukainya; bibir agak tipis, cepat terpengaruh dan tidak mempunyai prinsip; bibir kecil dan sempit, selalu bimbang dan tidak pandai mengambil keputusan yang betul.

Keperibadian juga dikaitkan dengan warna bibir. Pemilik bibir yang berwarna kehitaman dikatakan suka curang dan berbohong; bibir pucat, ingin menang sendiri dan mudah naik darah; bibir kemerahan, cerdas dan hati tulus tapi agak sombong manakala si pemilik bibir berwarna merah dadu, cerdas, pandai berbicara dan banyak akal.

Bibir anda bagaimana? Benarkah apa yang dirungkai? Mungkin ada yang mengangguk perlahan, tersenyum tanda setuju dan pasti ada yang berkerut dahi dan menggeleng kepala tidak puas hati, lebih-lebih lagi jika bentuk serta warna bibir anda dikaitkan dengan keperibadian yang kurang menarik.

Tidak semestinya andaian pelbagai pihak ini tepat. Apa yang lebih penting, tidak kira apa juga bentuk bibir anda, ia seharusnya sihat. Sihat bermakna, tidak kering, tidak pecah, tidak menggelupas dan tidak luka. Senyuman yang dilemparkan pasti tampak lebih menawan jika ia diukir bibir yang sihat dan kerana itu, kesihatan dan rawatan bibir harus diberi keutamaan.

Banyak petua orang lama yang boleh dicuba bagi mendapatkan bibir yang sihat, tidak kurang juga pelbagai produk di pasaran untuk tujuan sama. Jangan terlalu taksub untuk memiliki bibir bak Angelina Jolie kerana anda juga boleh kelihatan seksi dan menarik, dengan bibir yang sihat dan keperibadian yang menawan.

INFO: Kata Poppy King...

Penuh perasaan
  • Jika bentuk bibir mirip Jennifer Aniston. Bibir naik di sebelah kiri dan menurun di sebelah kanan. Pemilik bibir begini juga seorang pemikir dan menyenangkan.
  • Warna gincu yang sesuai: Warna tanah dan digaris halus pada bibir supaya kelihatan lebih lembut.

    Tegas
  • Bibir seperti Eva Longoria, penuh dan bahagian sudut agak menurun. Ia juga menandakan sifat serius dan tegas, sangat berdisiplin dan berprestasi tinggi.
  • Warna gincu: Warna neutral dengan sentuhan pengilat. Elakkan warna terang dan berani.

    Seksi
  • Jika bibir seperti Scarlett Johansson, iaitu bibir atas dan bawah lurus tapi bergelombang di bahagian tepi luar. ia juga melambangkan pemilik bibir sebagai penggoda dan kelakar.
  • Warna gincu: Warn hangat untuk menonjolkan bentuk bibir dan pengilat untuk menambah kelembutan pada bibir.

    Percaya Diri
  • Jika bibir seperti Charlize Theron, sangat berisi dan senget ke atas. Ia menunjukkan pemilik bibir seorang yang sangat percaya pada diri dan berupaya menjadi pemimpin.
  • Warna gincu: Gunakan warna terang dan tebal untuk menutup bahagian senget.

    Romantis
  • Bibir seperti Anne Hathaway. Hujung bibir tertarik ke belakang menandakan pemiliknya romantis dan pemalu. Hujung bibir juga terarah ke luar menandakan pemiliknya berhati besar. 
  • Warna gincu: Warna merah mawar atau beri untuk menunjukkan sisi lembut pada diri.



    Rahsia bibir

    Bibir segar dan kemerahan

    Wanita yang mempunyai bibir segar dan kemerah-merahan secara semula jadi menandakan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan pandai menjaga kesihatan diri. Sifat mereka juga terbuka dan periang. Ramai yang suka berkawan dengan wanita ini kerana pandai menyesuaikan diri dan ramah dalam pergaulan. Wanita ini juga mampu memberi keriangan kepada pasangannya dengan sifat semula jadinya sebagai wanita. Dia manja dan suka dimanjakan serta mahukan kasih sayang yang penuh kehangatan. Dia akan kecewa jika mendapat pasangan yang kaku dan tidak tahu memanjakannya. Biasanya juga mereka mempunyai raut wajah yang menarik, selari dengan kecantikan bibirnya yang sentiasa mengundang rasa senang dan mesra kaum lelaki.

    Bibir biru (pucat)

    Tidak kira apa juga bentuk bibir wanita ini, cahayanya kelihatan kebiruan. Biasanya wanita ini tidak begitu boleh diletakkan kepercayaan. Kata-katanya tidak boleh dipegang, selalu bersifat ingkar dan cuai terhadap tanggungjawab dan kewajipannya. Cerewet dan suka menimbulkan perselisihan dengan pasangannya.

    Bibir tipis

    Tipis bukan bererti nipis! Wanita yang memiliki bibir tipis pada umumnya banyak mulut dan suka membicarakan hal yang kadangkala boleh disifatkan sebagai tidak wajar. Suka melakukan sesuatu dengan caranya sendiri tanpa mempedulikan apa kata orang lain. Wanita ini pandai memujuk rayu dan tahu juga berpura-pura dalam memainkan peranan demi kepentingannya. Wanita ini juga mempunyai nafsu yang cukup besar dan memerlukan belaian yang penuh kehangatan daripada pasangannya. Wanita ini bersikap optimis dalam menjalankan kehidupannya.

    Bibir mungil

    Wanita ini secara umumnya mempunyai gaya dan pesona yang mendebarkan lelaki. Selalu mempamerkan gaya keanak-anakan dan bersifat manja. Suka didampingi dan dibelai oleh pasangan. Wanita ini juga suka bergantung kepada orang lain, tidak mempunyai pendirian yang mantap lantaran selalu bersikap ragu-ragu dengan apa yang dilakukan. Lelaki mudah mengambil kesempatan untuk menggodanya. Wanita jenis ini juga mudah dijinakkan jika pandai membaca kelemahannya. Wanita ini boleh diharap menjadi ibu yang baik dan suri rumah yang bertanggungjawab, namun suka merungut dan berleter jika tidak mendapat apa yang diingininya.

    Bibir tebal

    Wanita berbibir tebal dikatakan mempunyai nafsu yang kuat. Sukakan kemesraan dan kehangatan. Dia juga bersikap agak bebas dan terbuka apalagi jika dikaitkan dengan persoalan cinta dan seks. Mampu memberi keseronokan dan kesenangan kepada pasangannya, namun boleh juga menimbulkan suasana yang sebaliknya lantaran sikapnya yang suka mencemuh dan memalukan di khalayak ramai. Wanita ini tidak suka sikap yang berpura-pura. Jika diamanahkan suatu rahsia, dia boleh menjaganya dengan baik dan mengunci rapat. Bagaimanapun jika dia mula membenci seseorang, kata-kata yang dihamburkan menyinggung perasaan orang dan terburailah segala rahsia orang yang dibencinya. Begitu mementingkan kecantikan dan bersolek lama. Banyak wang yang dihabiskan untuk tujuan kecantikan serta bersikap pemboros. Tidak pandai menguruskan rumah tangga dan anak-anak. Suaminya, seharusnya mempunyai sifat kewibawaan untuk membimbingnya. Jika tidak dia akan bersikap queen-control!

    Bibir sentiasa terbuka

    Mempunyai keinginan yang tinggi dari segi kehidupan dan juga seks. Dalam soal kerja atau tanggungjawab, mereka cukup berdisiplin dan mencapai prestasi yang membanggakan. Ramai wanita jenis ini memperoleh kedudukan yang baik dalam kerjaya kerana mampu berjaya dalam setiap bidang yang diceburinya. Optimis dan bermatlamat. Dia juga mudah jatuh cinta dan berusaha sedaya-upaya untuk memiliki atau memenangi hati lelaki yang dicintainya. Tidak segan atau malu untuk meminta apa yang dihajatinya dalam perhubungan. Dia pandai merangsang pasangan dengan gaya pesonanya yang hebat dan erotik. Pandai memanfaatkan keistimewaan diri.

    Sumber: http://1001rahsiadiri.blogspot.com  

  •  
    Petua memiliki bibir menawan:
  • Sapu dua titik madu lebah asli pada bibir setiap malam sebelum tidur dan lakukan setiap hari.
  • Sapu getah pokok sena yang berwarna merah di bahagian bibir yang pecah. Dalam masa dua hari, luka pasti sembuh.
  • Sapukan pati susu pada bibir setiap hari untuk bibir yang lembut dan kemerah-merahan.
  • Bersihkan sepotong halia segar, kupas kulitnya kemudian tumbuk hingga lumat dan perah airnya. Gosokkan hampas halia pada bibir untuk menghasilkan bibir lebih menawan dan kemerah-merahan.
  • Sapu campuran madu dan lemon atau campuran badam dan lemon pada bibir setiap malam bagi mendapatkan bibir yang lembut, lembap dan berkilat.
  •  
  • Sapu nipis minyak kelapa pada bibir untuk mencerahkan bibir yang berwarna kehitaman.
  • Pastikan bibir bebas daripada bahan kimia ketika berehat.
  • Guna gincu yang bermutu dan pilih warna yang sesuai dengan warna kulit wajah atau warna busana.
  •  
    Oleh Salina Abdullah
    salina@bharian.com.my
    2010/11/08
    Muhammad Ttuyup , Selasa, November 23, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
    • Share On Facebook
    • Digg This Post
    • Stumble This Post
    • Tweet This Post
    • Save Tis Post To Delicious
    • Float This Post
    • Share On Reddit
    • Bookmark On Technorati
    Blog Gadgets

    ...lagi Artikel yang Berkaitan :

    Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

    Salam Blogger.... !!! .

    PENULIS Muhammad Ttuyup

    CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

    0 komentar :: :

    1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
    2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
    3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
    4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
    5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
    6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
    7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
    8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

    Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog