/

Spiderman Perancis Lakar Rekod Baru Panjat Roda Ferris Terbesar Dunia [5 g@F]

'Spiderman' Perancis Alain Robert mengambil masa kurang daripada 40 minit untuk menyudahkan panjatan keseluruhan Roda Ferris setinggi bangunan 42 tingkat itu pada Jumaat, sambil diperhatikan oleh orang ramai dan media antarabangsa
 
SINGAPURA, 5 Nov - 'Spiderman' Perancis Alain Robert melakar satu lagi kejayaan untuk dirinya Jumaat selepas dia mencipta sejarah memanjat Singapore Flyer, Roda Ferris terbesar di dunia yang terletak di Marina Bay di sini.

Warga Perancis berusia 48 tahun itu mengambil masa kurang daripada 40 minit untuk menyudahkan panjatan keseluruhan Roda Ferris setinggi bangunan 42 tingkat itu, sambil diperhatikan oleh orang ramai dan media antarabangsa.

Robert, yang menjadi terkenal kerana kemampuan luar biasanya memanjat bangunan pencakar langit di serata dunia tanpa mendapat kebenaran dari pihak berkuasa bangunan, sangat gembira kerana berjaya memanjat dengan lancar.

Untuk aksinya hari ini, Robert mendapat kelulusan pihak berkuasa Singapura tetapi dengan syarat beliau perlu menggunakan peralatan keselamatan semasa memanjat.

Bercakap kepada pemberita selepas berjaya melakukan panjatan itu, Robert berkata memanjat Roda Ferris tidak memberi sebarang risiko kepadanya kerana beliau menggunakan peralatan keselamatan kecuali keadaan roda yang basah disebabkan hujan renyai pada sebelah petang.

Robert berpendapat memanjat Menara Berkembar Petronas di Malaysia pada 2009 lebih mencabar dan berbahaya kerana beliau tidak memasang peralatan keselamatan pada ketika itu.

Untuk panjatan hari ini, katanya ia adalah suatu pengalaman baru kerana ini adalah pertama kali beliau tidak memanjat bangunan dan pemandangan latar langit bandaraya itu dari atas roda amat mengagumkan dan menarik.

Mengenai masa depannya, Robert, yang ditahan di 12 negara berlainan kerana memanjat secara haram berkata, beliau merancang untuk memanjat lebih banyak bangunan pencakar langit di sekitar Eropah, China dan Amerika Syarikat, tetapi dengan kebenaran pihak berkuasa negara berkenaan.

Katanya perbincangan sedang dilakukan dengan pihak berkuasa berkaitan bagi membolehkan beliau memanjat beberapa bangunan pencakar langit di China, Amerika Syarikat dan Emiriah Arab Bersatu.

"Ia adalah salah satu impian saya untuk memanjat bangunan tertinggi di dunia mempunyai ketinggian 828 meter, Burj Khalifa, di Dubai sebelum saya meninggal dunia," kata Robert. - Bernama
Mohd. Adam B. Firdaus , Selasa, November 09, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Mohd. Adam B. Firdaus

Berkerjasama dengan Adam Merah (end 2009)

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog