BEIJING 12 Okt. - Lebih separuh daripada 20 wanita terkaya dengan usaha sendiri di dunia adalah rakyat China dengan purata jumlah kekayaan lebih tinggi daripada personaliti televisyen terkenal Amerika Syarikat (AS), Oprah Winfrey dan penulis novel popular, JK Rowling.
Warga China menguasai senarai tiga teratas sebagai wanita terkaya di dunia, diketuai ahli perniagaan kitar semula, Zhang Yin (gambar) yang mempunyai harta sebanyak AS$5.6 bilion (RM17.4 bilion), menurut laporan organisasi beribu pejabat di Shanghai, Hurun Report.
Ia diikuti Wu Yajun dengan aset sebanyak AS$4.1 bilion (RM12.7 bilion) dan Chen Lihua AS$4 bilion (RM12.4 bilion).
Daripada 20 wanita terkaya di dunia yang berjaya atas usaha sendiri itu, seramai 11 daripadanya adalah warga China dengan purata kekayaan AS$2.3 bilion (RM7.2 bilion), menurut laporan itu lagi.
JK Rowling yang merupakan penulis novel popular Harry Potter berada di tangga terbawah senarai itu dengan aset sebanyak AS$1 bilion (RM3.1 bilion).
"Tidak ada mana-mana negara mampu menyaingi China yang berjaya melahirkan ramai wanita kaya atas usaha sendiri," kata Rupert Hoogewerf, pengasas dan pengumpul senarai kekayaan Hurun Report.
Senarai berkenaan turut menyenaraikan tiga bilionair dari AS, tiga dari Britain dan seorang dari Itali, Rusia serta Sepanyol.
Wanita terkaya bukan warga China dalam senarai itu ialah pemilik gedung pakaian Zara, Rosalia Mera dari Sepanyol dengan kekayaan dikatakan berjumlah AS$3.5 bilion (RM10.88 bilion).
Hoogewerf berkata, faktor kejayaan wanita-wanita China itu kerana dasar satu anak yang diperkenalkan kerajaan selain kebanyakan anak- anak kecil dijaga oleh datuk dan nenek, memudahkan mereka membangunkan empayar perniagaan masing-masing.
"Ini merupakan perbezaan yang besar," katanya dengan menambah, penerimaan China yang membenarkan wanita bekerja jauh dari rumah merupakan antara faktor lain.
Individu terkaya di China ialah pengasas syarikat pengeluar minuman ringan Wahaha, Zong Qinghou yang mempunyai kekayaan berjumlah AS$12 bilion (RM37.3 bilion), lapor Hurun Report. - AFP

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "