2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Kereta James Bond akan dilelong

GAMBAR menunjukkan kereta Aston Martin DB5 yang akan dilelong pada 27 Oktober depan.

LONDON - Sebuah kereta Aston Martin DB5 tahun 1964 berwarna perak yang dipandu oleh aktor Sean Connery dalam filem James Bond akan dilelong pada 27 Oktober depan di London dan disifatkan oleh pelelong kereta, RM Auctions sebagai kereta paling popular di dunia.

Model itu dijual oleh seorang pengacara radio, Jerry Lee yang membelinya dari kilang Aston Martin pada harga AS$12,000 (RM39,600) pada tahun 1969 selepas digunakan bagi tujuan promosi filem James Bond.

Sejak itu, kereta itu jarang dilihat oleh orang ramai.

Walaupun bangga dengan keretanya itu, Lee jarang memandunya.  Sebaliknya, dia menyimpan kereta itu dan ia berada dalam keadaan yang baik selama 40 tahun.

Tidak seperti kebanyakan kereta lain, DB5 itu akan memberi keuntungan berganda kepada Lee.

Kereta itu dijangka dijual pada harga sekurang-kurangnya AS$5 juta (RM16.5 juta).

Namun begitu, Lee tidak bercadang untuk mengambil wang tersebut. Hasil lelongan itu akan disalurkan ke Yayasan Jerry Lee.

Aston Martin DB5 itu merupakan sebuah daripada dua buah kereta yang dipandu dalam filem Goldfinger dan Thunderball. Ia turut dilengkapi dengan gajet-gajet seperti mesingan tiruan, nombor plat yang boleh dipusing dan skrin asap. - Agensi

Adam Merah , Sabtu, Jun 26, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Adam Merah

CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog