KUALA LUMPUR: Hasil analisis makmal Kementerian Kesihatan mendapati mi segera selamat untuk dimakan oleh orang ramai.
Analisis oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) mengenai kandungan garam di dalam sepeket mi segera itu mendapati kandungan bahan berkenaan tidak melebihi tahap yang disyorkan pihak kementerian.
Pengarah BKKM, Noraini Mohd Othman, berkata secara purata, kandungan garam dalam satu peket mi segera di negara ini adalah antara dua gram (g) dan tiga g, manakala pihak kementerian yang merujuk pada Panduan Diet Malaysia mengesyorkan pengambilan lima g sehari bagi orang dewasa dan 4.75 g sehari bagi kanak-kanak selaras saranan Institut Perubatan.
“Ini bermakna sepeket mi segera tanpa bancuhan air mengandungi lebih kurang 50 peratus garam daripada yang disyorkan dan jumlah berkenaan akan menjadi lebih rendah apabila 400 mililiter (ml) air dicampurkan dalam penyediaannya,” katanya dalam satu kenyataan kepada media, semalam.
Selain itu, beliau berkata, kementerian turut menjalankan analisis makmal ke atas 73 jenis bekas makanan, termasuk bekas mi dalam cawan yang diperbuat daripada plastik jenis polipropilena serta polistirena dan ujian mendapati semua sampel yang digunakan membuat cawan mematuhi piawaian yang ditetapkan.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) sebelum ini meminta kementerian itu menjalankan kajian makmal bagi membuktikan kesahihan dakwaan mi segera tidak mendatangkan mudarat kepada pengguna khasnya terhadap kanak-kanak dan orang dewasa.
Noraini menjelaskan tahap piawai garam dalam mi segera tidak termaktub dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985 kerana penggunaan garam oleh pihak industri bagi produk mereka adalah bergantung kepada formulasi produk dan tahap penerimaan pengguna.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna supaya bijak memilih makanan bagi memastikan pengambilan garam dalam diet seharian mengikut syor yang disarankan bagi mengurangkan risiko masalah kesihatan selain mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan bersenam. - Bh

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "