2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Selesema babi sudah habis?

GENEVA 24 Feb. - Jawatankuasa kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berpendapat masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan bahawa pandemik selesema babi sudah mencapai kemuncak di semua bahagian dunia.

Jawatankuasa tersebut menganggap lebih banyak 'masa dan maklumat diperlukan' sebelum kesimpulan boleh dibuat bahawa semua bahagian dunia sudah mengalami kemuncak penyebaran virus influenza A (H1N1), kata seorang jurucakap WHO, Gregory Hartl, semalam.

Hartl menjelaskan keputusan 15 pakar dalam jawatankuasa tersebut tidak 'mengikat' dan keputusan muktamad akan diambil oleh Setiausaha Agung WHO, Margaret Chan.

Namun, jawatankuasa itu merasakan lebih banyak masa dan maklumat diperlukan sebelum pandangan yang bernas mengenai keadaan pandemik tersebut boleh diberikan, katanya.

Kesimpulan mereka akan dibentangkan secara lebih terperinci pada satu sidang media di sini hari ini, yang akan turut dihadiri oleh penasihat khas WHO mengenai pandemik, Keiji Fukuda.

Sejak beberapa bulan lalu, jawatankuasa kecemasan yang diketuai oleh pakar penyakit berjangkit dari Australia, John Mackenzie menjejaki tanda-tanda bahawa penyebaran virus influenza A (H1N1) semakin menurun di kebanyakan tempat di dunia.

"Perkara yang kami harapkan ialah penularan terburuk wabak ini sudah berlalu," kata Fukuda awal bulan ini.

Beberapa negara sudah pun melonggarkan langkah berjaga-jaga terhadap pandemik selesema babi dalam beberapa minggu kebelakangan.

Terbaru, pihak berkuasa Czech membatalkan kira-kira satu pertiga daripada sejuta vaksin H1N1 yang dipesan daripada syarikat pengeluar ubat Britain, GlaxoSmithKline (GSK) pada Jumaat lepas.

Hampir 16,000 orang maut akibat virus tersebut selepas ia merebak ke 212 negara sejak mula dikesan di Mexico dan Amerika Syarikat (AS) pada April 2009, menurut data WHO. - AFP

Muhammad Ttuyup , Khamis, Februari 25, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog