LOS ANGELES 24 Dis. - Selesema babi bukan sahaja berbahaya kepada wanita mengandung, tetapi juga satu ancaman kepada wanita yang baru bergelar ibu, menurut satu penemuan baru kajian yang disiarkan oleh Jurnal Perubatan New England.
Satu analisis yang dijalankan ke atas wanita hamil dan ibu-ibu baru yang dirawat di hospital akibat wabak tersebut di California mendapati, golongan ibu yang baru melahirkan bayi dalam tempoh dua minggu berdepan risiko lebih tinggi mengalami komplikasi selesema yang teruk.
Ancaman selesema babi terhadap wanita mengandung telah diketahui ramai dan pegawai kesihatan awam menggesa golongan itu mendapatkan suntikan vaksin.
Kajian sebelum ini menunjukkan bakal-bakal ibu yang dijangkiti virus influenza A (H1N1) lebih berpotensi dimasukkan ke hospital dan berdepan lebih risiko kematian berbanding golongan biasa.
Menurut para penyelidik, laporan baru yang dikeluarkan semalam oleh Jurnal Perubatan New England, merupakan yang pertama meneliti risiko terhadap wanita yang baru melahirkan anak dan ia menekankan 'risiko tinggi yang terus dihadapi selepas mengandung'.
Sebagai kesan kepada penemuan kajian itu, Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) baru-baru ini telah menyemak semula garis panduannya, menyarankan vaksin selesema babi diberikan kepada wanita yang menunjukkan simptom H1N1 sejurus melahirkan anak.
Kajian itu dijalankan Jabatan Kesihatan Awam California dan CDC California, negeri paling padat dengan penduduk, telah meningkatkan pengawasan wabak tersebut sejak virus berkenaan ditemui pada dua kanak-kanak, April lalu.
Kajian itu melibatkan 94 wanita mengandung dan lapan ibu baru yang dimasukkan ke hospital semasa empat bulan pertama wabak itu menular sebelum vaksin diperkenalkan pada Oktober lalu.
Kebanyakan wanita mengandung dikesan berdepan risiko paling tinggi akibat komplikasi selesema babi semasa berada pada fasa kedua dan ketiga kehamilan.
Kebanyakan daripada mereka didapati sihat dan ke hospital dengan simptom-simptom wabak yang ringan termasuk batuk atau demam, namun kesihatan mereka merosot dengan mendadak. - AP

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "