/

Dua tokoh badan Islam AS kena penjara 65 tahun

Didakwa biaya, sokong pejuang Palestin

DALLAS: Dua pemimpin tertinggi sebuah pertubuhan kebajikan Islam yang pernah disifatkan terbesar di Amerika Syarikat dijatuhi hukuman penjara 65 tahun kerana didakwa menyokong pejuang Palestin.

Holy Land Foundation berpusat di Texas dan lima pemimpinnya disabitkan bersalah tahun lalu kerana menyalurkan lebih AS$12 juta RM43.2 juta) kepada Hamas, dalam apa yang disifatkan sebagai kes pembiayaan kepada pengganas terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat.

Juri memutuskan tertuduh bersalah terhadap 108 dakwaan kerana menyediakan bantuan peralatan kepada pengganas, penggubahan wang dan pemalsuan cukai.

"Hukuman ini perlu dilihat sebagai amaran keras kepada sesiapa saja didapati membantu membiayai pengganas secara memalsukan bantuan kemanusiaan," kata David Kris, penolong peguam negara Amerika Syarikat bagi keselamatan kebangsaan.

Ketua pegawai eksekutif Holy Land, Shukri Abu Baker di mana adiknya, Jamal Issa adalah ketua operasi Hamas di Yemen dipenjara selama 65 tahun.

Pengerusi dan pengasas Ghassan Elashi, yang mempunyai hubungan keluarga melalui perkahwinan kepada pemimpin politik Hamas, Mousa Abu Marzook menerima hukuman sama.

"Saya ingin mengisytiharkan saya tidak bersalah atas semua dakwaan," kata seorang daripada mereka, Elashi, yang menyifatkan kes itu sebagai satu dakwaan politik tidak berasas.

Pengasas bersama Holy Land, Mohammad El-Mezain, seorang sepupu Marzook dan Abdulrahman Odeh, wakil badan kebajikan itu di New Jersey, menerima 15 tahun hukuman penjara.

Mereka turut mengaku tidak bersalah dalam kenyataan kepada hakim di mahkamah.

Mufid Abdulqader, adik pemimpin politik Hamas, Khaled Meshaal yang bertindak sebagai pemungut dana, dihukum penjara 20 tahun. - AFP
try , Jumaat, Mei 29, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog