Sabtu, 7 Februari 2009

Krim kecantikan kuasa 'turbo' RM1,024

KRIM antipenuaan 3LAB.

LONDON - Pengeluar kosmetik Amerika Syarikat (AS), 3LAB memperkenalkan krim antipenuaan pertama di dunia berasaskan teknologi sel stem, M Cream, lapor sebuah akhbar semalam.

Pengeluarnya berkata, krim berharga £195 (RM1,024) itu diperbuat daripada sel stem atau sel induk sejenis buah epal yang jarang didapati dan ditanam di Switzerland.

Menurutnya, krim itu dapat memulihkan kedutan dengan pantas seperti kuasa 'turbo' dan berupaya melambatkan penuaan berdasarkan kandungan peratusan agen antioksida yang amat tinggi.

Antioksida yang terkandung pada tumbuhan dan buah-buahan penting dalam penjagaan kulit dan sering digunakan dalam produk kosmetik.

Seorang ketua perunding kosmetik, Nica Lewis ketika mengulas mengenai krim berteknologi tinggi itu berkata, teknologi saintifik kini semakin penting dalam bidang kosmetik.

"Kita akan dapat lihat lebih banyak paten, teknologi lebih canggih dan ujian klinikal apabila banyak syarikat berlumba-lumba untuk meyakinkan orang ramai bahawa produk mereka berkesan seperti yang didakwa," katanya. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan