Sabtu, 7 Februari 2009

Gelombang haba landa Australia

PEKERJA kereta api mengedarkan minuman botol kepada penumpang di Sydney.

SYDNEY: Tenggara Australia kini sedang bersedia mengalami gelombang haba besar-besaran yang mungkin menyebabkan kebakaran belukar terburuk sejak berdekad lamanya dan rumah orang tua diberi amaran bersedia dengan cuaca bahang selepas beberapa kematian ketika keadaan itu minggu lalu.

Suhu di bandar pinggir di Ivanhoe di New South Wales diramalkan mencecah 47 darjah Celsius hari ini dan bandar tepi pantai Sydney dan Melbourne berada di bawah 40 darjah celsius.

Berpuluh ribu anggota bomba dalam keadaan berjaga-jaga bagi menangani kebakaran belukar dengan pihak berkuasa di Victoria memberi amaran keadaan hari ini mungkin lebih buruk berbanding 1983 yang menyebabkan kebakaran maut Ash Wednesday mengorbankan 75 orang.

"Ia mungkin hari paling buruk dalam sejarah negara dari segi suhu dan angin," kata Perdana Menteri, Victoria John Brumby kepada media semalam.

"Negeri ini agak kering, justeru rakyat hanya perlu mengetahui keadaan sebenar esok (hari ini), jika anda tidak perlu keluar jangan keluar, ia benar-benar hari yang buruk," katanya.

Gelombang haba itu tidak akan menjejaskan tanaman komoditi seperti gandum dan gula yang ditanam di barat dan utara Australia.

Pihak berkuasa bimbang gelombang haba yang mana menyebabkan terputus bekalan elektrik besar-besaran minggu lalu dan menyebabkan ribuan penduduk tanpa penghawa dingin, mungkin sekali lagi mengundang maut kepada golongan berusia.


Terdapat 22 'kematian mengejut' di Adelaide Jumaat lalu ketika kemuncak gelombang haba lalu dan beberapa lagi di Melbourne. - Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan