BOT aktivis (di depan) melanggar bot pemburu ikan paus Jepun di Lautan Antartik, semalam.SYDNEY: Sebuah bot membawa sekumpulan aktivis antiburuan paus berlanggar dengan sebuah kapal menangkap paus di Lautan Antartik semalam dalam satu pertempuran dramatik yang disifatkan Jepun sebagai tidak dapat dimaafkan.
Aktivis Paul Watson dari Persatuan Konservatif Sea Shepherd berkata bahawa bot berkenaan cuba menghalang sebuah kapal Jepun daripada menarik seekor paus dari laut apabila bot lain Jepun berada di hadapan kapal Watson menyebabkan pelanggaran.
"Keadaan amat kelam kabut dan agresif," kata Watson melalui telefon satelit dari bot beliau yang dinamakan sempena personaliti televisyen Australia, mendiang Steve Irwin.
Dalam satu kenyataan, sebuah institut kajian Jepun yang memantau buruan itu mengutuk tindakan pembantah sambil menyifatkan kejadian itu sebagai disengajakan ketika kumpulan pemburu Jepun itu cuba memuatkan ikan dalam kapal mereka.
"Walaupun tiada yang cedera tetapi keadaan boleh menjadi buruk malah mengakibatkan maut," kata pengarah institut, Minoru Morimoto dalam satu kenyataan.
"Kami akan meminta negara terbabit termasuk Australia supaya menghentikan segera melakukan perbuatan seperti itu," kata Takaya.
Jepun menyifatkan aktivis Sea Shepherd sebagai pengganas, merancang menternak lebih 935 paus minke dan 50 paus fin musim ini. Di bawah peraturan Suruhanjaya Memburu Paus Antarabangsa, binatang mamalia itu akan dibunuh bagi penyelidikan tetapi bukan untuk tujuan komersial. Penentang berkata penyelidikan Jepun adalah sebagai menutupi buruan paus secara komersial yang dilarang pada 1986. - AP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan