/

Risiko Cedera Tinggi Bagi Penunggang Pakai Serban

KUALA LUMPUR, 21 Jan - Sikap penunggang dan pembonceng motosikal yang sering memandang remeh penggunaan topi keledar perlu diubah kerana selain dapat mengurangkan kecederaan di kepala, ia juga boleh mengurangkan risiko kemalangan maut.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata penggunaan topi keledar yang sesuai dan betul sangat penting bagi melindungi bahagian kepala, terutama antara dahi hingga ke telinga yang merupakan bahagian yang sangat lembut dan mudah cedera.

Beliau berkata kajian mendapati pemakaian serban yang hanya dililit dengan kain bagi menggantikan topi keledar tidak mampu menjadi pelindung keselamatan dan kebarangkalian untuk mendapat kecederaan di kepala sangat tinggi.


"Kajian menunjukkan 60 peratus kemalangan jalan raya adalah membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal dan 68 peratus punca kematian merupakan kecederaan di bahagian kepala.

"Kes -kes kemalangan maut membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal disebabkan oleh hentaman yang kuat di kawasan anatomi tengkorak. Oleh sebab itu bahagian tersebut perlu dilindungi dengan pemakaian topi keledar yang sempurna," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

"Mereka yang memakai serban, risikonya sama dengan mereka yang tidak memakai topi keledar, kerana ia bukan pelindung keselamatan seperti topi keledar," katanya apabila diminta mengulas mengenai pemakaian serban menggantikan topi keledar.

Pada Isnin lepas seorang pelajar sekolah pondok Ahmad Nasir Darus, 27 dipenjara dua hari setelah enggan membayar denda sebanyak RM90 atas kesalahan menunggang motosikal dengan berserban oleh Mahkamah Majistret Kota Baharu.


Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata pihaknya akan berbincang dengan Jabatan Peguam Negara untuk membuat penafsiran semula terhadap undang-undang menunggang motosikal dengan memakai serban yang pada masa ini diberi kelonggaran kepada mereka yang berketurunan Sikh dan kalangan ulama Islam.

Ahmad Farhan berkata walaupun terdapat peruntukan undang-undang yang membolehkan pengecualian daripada menggunakan topi keledar namun mereka yang memakai serban perlu lebih berhati-hati.

"Mereka perlu lebih berhati-hati kerana risiko yang dihadapi sangat tinggi, malah mereka yang memakai topi keledar dengan tidak sempurna seperti tidak mengikat tali topi keledar dengan ketat juga berhadapan dengan risiko tersebut," katanya.

Penggunaan topi keledar separuh serta topi keledar yang telah melebihi usia lima tahun penggunaanya turut mengundang bahaya dan perlu dielakkan, katanya.


"Pemakaian topi keledar yang melebih lima tahun mengundang bahaya kerana kualiti dan bahannya yang semakin merosot," katanya yang melihat kesedaran orang ramai tentang pemakaian topi keledar yang betul masih rendah.

Ahmad Farhan juga berkata sebagai langkah pencegahan, Kementerian Pengangkutan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang tidak mematuhi penggunaan topi keledar yang tidak mendapat kelulusan Sirim serta melebihi tempoh lima tahun. - Bernama
'Api' Harjan Milosevic , Isnin, Januari 26, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog