2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Misteri filem 40 tahun terlerai

"CAINE berlakon sebagai Charlie Crocker dalam filem The Italian Job cuba mengambil jongkong emas dalam sebuah bas."

LONDON – Selepas 40 tahun, misteri mengenai cara mengeluarkan sejumlah jongkong emas seberat 3.2 tan dalam tempoh kurang 30 minit dari sebuah bas yang terkandas di tepi gaung tanpa menggunakan helikopter dalam filem, The Italian Job akhirnya terjawab, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang pengurus sebuah syarikat teknologi maklumat berumur 38 tahun dari England, John Goodwin berjaya menyelesaikan masalah rumit itu selepas Persatuan Diraja Universiti Cambridge (RSC), London menganjurkan pertandingan pada Oktober tahun lalu.

Filem The Italian Job tahun 1969 lakonan Michael Caine itu adalah mengenai sekumpulan pencuri melarikan jongkong emas dari Turin ke Switzerland tetapi bas yang dinaiki mereka bersama emas terbabas di sebuah cerun curam.


"Sabar dahulu rakan-rakan, saya mendapat idea bagus (untuk mengeluarkan emas tanpa bas itu terjatuh ke dalam cerun), " kata Caine dalam filem itu.

Bagaimanpun, filem itu terhenti di situ tanpa adegan bagaimana jongkong enam itu dikeluarkan.

Menurut Goodwin, penyelesaian untuk membawa jongkong emas itu adalah dengan memecahkan tingkap bas dan semua perompak keluar lalu memancit empat tayar belakang supaya bas tidak jatuh ke dalam gaung.

"BAS yang membawa Caine dan sekumpulan perompak terbabas di tepi gaung dalam filem The Italian Job."

Sebelum membawa keluar jongkong emas itu, tangki minyak perlu dikosongkan dan diisi dengan batu supaya belakang bas menjadi lebih berat dan kenderaan tersebut tidak menjunam apabila mereka bergerak ke bahagian hadapan.

Sebagai menghargai Goodwin, beliau diberikan hadiah bercuti di Turin selama tiga malam. – Agensi
try , Sabtu, Januari 24, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog