Selasa, 30 Disember 2008

LG perkenal telefon jam tangan 3G


MODEL telefon jam tangan 3G keluaran LG Electronics akan dilancarkan di pasaran Eropah mulai tahun depan.

LG Electronic, pengeluar barang elektronik Korea Selatan memperkenalkan telefon video mudah alih berbentuk jam tangan yang pertama di dunia.

Syarikat itu dalam kenyataannya, berkata model telefon jam tangan 3G itu mempunyai sistem dail skrin sesentuh dengan kamera dan pembesar suara binaan dalaman bagi membolehkan pengguna membuat panggilan video menerusi sambungan internet berkelajuan tinggi.

Telefon jam tangan yang dapat mengesan suara, menukar teks kepada ucapan itu turut dilengkapi dengan fungsi Bluetooth dan pemain muzik MP3.

Produk itu didatangkan dengan skrin 3.63 sentimeter dan ketebalan 12.9 milimeter.

Ia dijangka ditampilkan pada Pertunjukan Elektronik Pengguna 2009 (CES 2009) di Las Vegas, Amerika Syarikat bermula 8 sehingga 11 Januari depan.

LG berkata, syarikat itu merancang melancarkan telefon berkenaan di pasaran Eropah tahun depan. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan